
LAWAS: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lawas menjalankan pemeriksaan dan ujian bot di Sungai Lawas hingga ke Jeti Kampung Dato Kuala Lawas awal pagi semalam sebagai persiapan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL).
Menurut kenyataan IPD Lawas, pemeriksaan itu membabitkan kehadiran Ketua Bahagian Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, ASP Robert Ewin Anak Peter Raig, dan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Lawas, ASP Lai Masir, bersama enam anggota IPD Lawas.
IPD Lawas memiliki dua bot, masing-masing diletakkan di Balai Polis Lawas dan Balai Polis Sundar. Ujian mendapati bot serta enjin dalam keadaan baik dan bersedia untuk beroperasi apabila diperlukan.
Oleh Adeng Edrus