Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • IPD Lawas hargai petugas barisan hadapan
  • Utara
  • WILAYAH

IPD Lawas hargai petugas barisan hadapan

Utusan Sarawak 4 hours ago
BERBUKA PUASA… DSP Liong Tindan bersama pegawai dan ketua Bahagian IPD Lawas pada majlis berbuka puasa IPD Lawas.

LAWAS: Ibu Pejabat Polis Daerah Lawas (IPD Lawas) telah menganjurkan program berbuka puasa Kepimpinan PDRM Lawas bersama petugas barisan hadapan IPD Lawas di Astaka IPD Lawas, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Lawas, Liong Tindan berkata objektif program tersebut adalah untuk mengeratkan silaturahim antara barisan hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Lawas dengan pihak pengurusan, pegawai kanan serta anggota polis tanpa mengira pangkat.

Menurut beliau, program berkenaan turut bertujuan menghargai pengorbanan dan komitmen barisan hadapan yang terus bertugas dalam memastikan keselamatan serta ketenteraman awam terpelihara sepanjang Ramadan.

SUASANA TENANG... Anggota IPD Lawas Bahagian Tugasan tenang menunggu waktu berbuka puasa.

Tambahnya, program tersebut juga bertujuan menyemai nilai keinsafan, kesyukuran dan kebersamaan dalam kalangan warga Ibu Pejabat Polis Daerah Lawas melalui penghayatan ibadah puasa serta amalan berbuka secara berjemaah.

Jelasnya, program ini turut mampu meningkatkan semangat kerja berpasukan serta motivasi anggota agar terus berkhidmat dengan penuh dedikasi, integriti dan profesionalisme.

Beliau berkata mengukuhkan budaya kebajikan dan keprihatinan pihak pengurusan terhadap kesejahteraan anggota barisan hadapan, khususnya yang bertugas mengikut syif, di samping menjadikan Ramadan sebagai medium pengukuhan sahsiah dan kerohanian dalam kalangan warga PDRM selaras dengan nilai murni serta etika perkhidmatan.

ERAT HUBUNGAN…Anggota dan pegawai duduk bersama pada majlis berbuka puasa di IPD Lawas.

Beliau menggesa agar barisan hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Lawas sentiasa bersiap siaga dalam melaksanakan penugasan semasa, bersemangat tinggi serta mengekalkan prestasi pada tahap terbaik dengan penuh integriti.

Beliau turut menegaskan agar semua penugasan dan perancangan tugas diteruskan seperti biasa demi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terus terpelihara.

Program bermula 6.00 petang itu dihadiri Ketua Bahagian, Ketua Polis Balai serta pegawai kanan, Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam Polis yang bertugas di barisan hadapan PDRM.

Antara yang terlibat ialah unit MPV, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Bahagian Siasatan Jenayah, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Cawangan Pengangkutan, Balai Polis serta Cawangan Khas.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: BSJKD IPD Betong santuni komuniti, perkasa kesedaran cegah penipuan dalam talian
Next: 261 lot bazar Ramadan Bintulu dibuka, kebersihan ditekankan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.