
LAWAS: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lawas akan mengadakan program Pusat Sehenti bagi Menangani Isu Dadah dan Bahan Terlarang di Tebingan Sungai Kampung Dato Kuala Lawas esok.
Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Liong Tindan memberitahu program ini adalah anjuran Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Lawas.
Program ini melibatkan empat sesi ceramah. Ceramah pertama bertajuk Kesan Penagihan dan Bahaya Dadah telah disampaikan oleh Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Lawas, Inspektor Muhammad Noor Hisham Mat.
Sesi kedua disampaikan oleh wakil Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Limbang dengan tajuk Senario Dadah Semasa. Seterusnya, diadakan ceramah mengenai jenayah siber, diikuti ceramah daripada Kementerian Kesihatan Lawas.
Sehubungan itu, DSP Liong mengalu-alukan kehadiran orang ramai bagi mengetahui perkembangan terkini kes melibatkan jenayah dadah di Lawas.
Majlis akan dirasmikan oleh Ahli Parlimen Lawas, Dato Henry Sum Agong yang mewakili Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan pada sebelah petang.
Oleh Adeng Edrus