Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • IPD Lawas anjur LDP tingkat kemahiran siasatan jenayah
  • Utara
  • WILAYAH

IPD Lawas anjur LDP tingkat kemahiran siasatan jenayah

Utusan Sarawak 5 hours ago
KETUA Polis Daerah Limbang, DSP Liong Tindan ketika berucap semasa program Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) yang dianjurkan di Dewan Serbaguna IPD Lawas. Foto: IPD Lawas

LAWAS: Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lawas, telah menganjurkan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) bertajuk “Siasatan Berkualiti dan Pengurusan Kertas Siasatan Siri 1/2026” bertempat di Dewan Serbaguna IPD Lawas dari 8.00 pagi hingga 1.30 tengah hari.

Program yang diselaraskan oleh BSJD IPD Lawas itu dihadiri oleh Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Liong Tindan bersama enam Pegawai Kanan Polis (PKP), 45 Pegawai Rendah Polis (PRP) IPD Lawas serta empat PRP dari IPD Limbang, menjadikan jumlah keseluruhan peserta seramai 56 anggota.

GAMBAR KENANGAN…Para peserta program mengambil gambar kenangan bersama sejurus selepas tamat program Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP). Foto: IPD Lawas

Slot pertama LDP bertajuk “Pengurusan Kertas Siasatan, Penyediaan Fakta Kes Pertuduhan dan Keperluan Dokumen untuk Perbicaraan” disampaikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Miri, Tuan Franklin Bennet, serta Timbalan Pendakwa Raya Limbang/Lawas, Puan Celestey Telen Luhat.

Sesi itu memberi penekanan kepada penyediaan kertas siasatan yang lengkap, teratur serta memenuhi keperluan pendakwaan bagi memastikan kelancaran proses perbicaraan.

Manakala slot kedua bertajuk “Penyediaan Laporan Tangkapan, Leading to Discovery dan Borang Bongkar” disampaikan oleh Insp. Masri Lamsin dari BSJD IPD Lawas.

DSP Liong dalam kenyataan berkata ceramah tersebut memberi pendedahan dan panduan praktikal kepada peserta berkaitan dokumentasi siasatan yang tepat serta mengikut prosedur yang ditetapkan.

GAMBAR KENANGAN… Para peserta program mengambil gambar kenangan bersama sejurus selepas tamat program Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP). Foto: IPD Lawas

Beliau berkata penganjuran LDP itu bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kefahaman pegawai penyiasat mengenai prinsip siasatan berkualiti, memperkukuh kemahiran dalam pengumpulan serta penilaian bukti, meningkatkan kompetensi pengurusan kertas siasatan, memperkemas pengurusan kes, mengurangkan kelemahan dalam siasatan serta memperkasakan kerjasama antara pegawai penyiasat dan pihak pendakwaan.

Secara keseluruhannya, program itu berjalan lancar dan teratur. Semua peserta memberikan komitmen serta kerjasama yang baik sepanjang sesi latihan berlangsung.

Beliau berharap program itu dapat dijadikan rujukan serta memperkukuh amalan penyiasatan yang profesional dan berkualiti dalam kalangan pegawai penyiasat Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Baja organik keladi bunting beri manfaat ekonomi kepada komuniti di Dalat
Next: ​KPDN Sri Aman patahkan sindiket penyelewengan 7,200 liter diesel bersubsidi di Lubok Antu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.