Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • IPD Lawas adakan penyerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara kepada pesara Polis Daerah Lawas
  • Utara
  • WILAYAH

IPD Lawas adakan penyerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara kepada pesara Polis Daerah Lawas

Utusan Sarawak 4 hours ago
KUNJUNGAN KASIH…DSP Liong dan rombongan menyantuni menyantuni Pesara (B) Sjn Kamarulzaman bin Aman di kediamannya di Banting Lawas.

LAWAS: Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Liong anak Tindan telah melaksanakan Program Penyerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) Tanpa Istiadat dan Lawatan Menyantuni Pesara / Bekas Polis Daerah Lawas yang berlangsung dari 2.00 petang hingga 4.00 petang di beberapa kediaman pesara polis sekitar daerah Lawas petang semalam.

Program tersebut turut disertai oleh Insp M. R. Farith bin Erwandy, SM Sahjinan bin Hj Mokhtar, SM/D Matius Gelawat, Sjn Mahani binti Tassim, Konstabel Sakdi bin Abdul Wahab serta Puan Dygku Siti Fauziah binti Awangku Adenan.

Dalam lawatan tersebut, DSP Liong Tindan telah menyampaikan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) tanpa istiadat kepada Pesara (B) ASP Hikram bin Daud di kediamannya di Kampung Serdang, Jalan Kuala Lawas.

TERIMA KASIH...DSP Liong menyerahkan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) tanpa istiadat kepada Pesara (B) ASP Hikram bin Daud di kediamannya di Kampung Serdang, Jalan Kuala Lawas.

“Pingat tersebut merupakan tanda penghargaan kerajaan dan Polis Diraja Malaysia kepada anggota yang telah berjasa mempertahankan kedaulatan negara sepanjang era darurat antara 12 Julai 1948 hingga 17 Oktober 1990,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu, rombongan turut mengadakan lawatan menyantuni Pesara (B) Sjn Kamarulzaman bin Aman sebagai usaha memperkukuhkan hubungan silaturahim antara pasukan dan warga pesara polis. Program ini bertujuan untuk bertanya khabar, mengenal pasti keperluan kebajikan pesara dan waris, serta menyampaikan maklumat berkaitan bantuan dan perkhidmatan yang boleh diperoleh daripada kerajaan dan Polis Diraja Malaysia.

Lawatan ini juga menjadi platform untuk menghargai jasa dan pengorbanan pesara polis yang telah berkhidmat kepada negara, sekali gus memupuk semangat setia dan bangga kepada pasukan dalam kalangan anggota yang masih berkhidmat.

“Pengorbanan generasi terdahulu dijadikan inspirasi dan motivasi agar nilai kesetiaan serta dedikasi kepada pasukan terus diperkasakan, ” ujarnya.

DSP Liong berharap program seumpama ini diharap dapat diteruskan pada masa hadapan sebagai tanda penghargaan berterusan kepada warga pesara yang telah banyak menabur bakti kepada pasukan dan negara.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: Penduduk Permai Jaya diminta berhati-hati, jauhi tebing sungai
Next: RM1.8 juta projek lampu solar manfaatkan 14 kampung di DUN Kalaka

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.