Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • IPD Julau perkukuh kesiapsiagaan melalui program keselamatan kebakaran
  • Tengah
  • WILAYAH

IPD Julau perkukuh kesiapsiagaan melalui program keselamatan kebakaran

Utusan Sarawak 18 hours ago
UNTUK ALBUM…..Ketua BBP Bintangor, Mahmudin Narudin dan Ketua Polis Daerah (KPD) Julau, DSP Alif Haiqal Ramesh Abdullah (tujuh kiri) bergambar bersama para peserta dan anggota bomba. Foto BBP Bintangor 

JULAU: Seramai 35 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Julau telah menyertai ceramah keselamatan kebakaran, latihan kebakaran serta demonstrasi penggunaan alat pemadam api baru-baru ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin berkata, program tersebut diadakan di pekarangan IPD Julau dengan pengisian menyeluruh yang merangkumi aspek keselamatan kebakaran dan tindakan segera dalam situasi kecemasan.

“Program ini bertujuan memperkasakan anggota pasukan keselamatan seperti PDRM dengan ilmu dan kemahiran asas menangani kebakaran bagi memastikan tahap kesiapsiagaan yang tinggi di balai polis dan tempat kerja,” katanya ketika dihubungi.

Beliau menambah bahawa pendedahan yang diberikan bukan sekadar teori, malah latihan praktikal seperti simulasi kebakaran dan demonstrasi penggunaan alat pemadam api membolehkan peserta bertindak pantas dan tepat apabila berdepan situasi sebenar.

“Selain daripada pengisian utama program, kami turut mengadakan pameran jentera bomba.

“Saya berharap program sebegini akan diteruskan khususnya kepada agensi keselamatan dan masyarakat setempat bagi membina kesedaran serta kefahaman lebih menyeluruh mengenai risiko kebakaran,” tambahnya.

Turut hadir pada program tersebut ialah Ketua Polis Daerah (KPD) Julau, DSP Alif Haiqal Ramesh Abdullah

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Capaian internet di Tamin bukti komitmen pembangunan luar bandar
Next: Geran MRP bantu perkasa program komuniti di Meradong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.