Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • IPD Betong tegas kekalkan integriti, profesionalisme dan bebas dadah, rasuah
  • Tengah
  • WILAYAH

IPD Betong tegas kekalkan integriti, profesionalisme dan bebas dadah, rasuah

Utusan Sarawak 9 hours ago
PERHIMPUNAN Bulanan IPD Betong yang digabungkan dengan Program Pelaksanaan Lafaz Ikrar Dadah dan Ikrar Bebas Rasuah di Dataran Kawad IPD Betong, semalam. Foto: IPD Betong

BETONG: Warga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Betong menzahirkan komitmen berterusan untuk mengekalkan tahap integriti dan profesionalisme tertinggi serta menjauhi sebarang bentuk penyalahgunaan dadah dan rasuah dalam pelaksanaan tugas harian.

Ketua Polis Daerah Betong, DSP Wan Mohamad Ali Wan Malek berkata, komitmen itu bukan sekadar lafaz ikrar, sebaliknya menjadi prinsip asas yang perlu dihayati dan diamalkan oleh setiap warga kerja IPD Betong demi menjaga kepercayaan masyarakat terhadap pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan IPD Betong yang digabungkan dengan Program Pelaksanaan Lafaz Ikrar Dadah dan Ikrar Bebas Rasuah di Dataran Kawad IPD Betong, semalam.

Menurutnya, seramai 88 warga kerja IPD Betong hadir dalam program berkenaan melibatkan 13 Pegawai Kanan Polis, 60 Pegawai Rendah Polis serta 15 Pegawai Awam.

“Integriti dan profesionalisme adalah teras kepada kredibiliti pasukan. Setiap warga IPD Betong mesti menjauhi dadah dan rasuah serta memastikan amanah yang diberikan dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab,” katanya.

Beliau turut mengingatkan semua warga kerja supaya melengkapkan borang Ikrar Dadah dan Ikrar Bebas Rasuah bagi tahun 2026, selain menamatkan Modul Latihan Malaysia Madani Perkhidmatan Awam (MMPA) melalui E-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA) serta Modul Latihan Asas Kecergasan Buatan dalam tempoh yang ditetapkan

Dalam masa sama, DSP Wan Mohamad Ali menegaskan keperluan mempertingkatkan gerak kerja secara konsisten di semua peringkat serta mengekalkan prestasi cemerlang yang telah dicapai IPD Betong sebelum ini.

Program yang bermula 8.00 pagi itu dimulakan dengan pegawai baris lapor, diikuti nyanyian lagu Negaraku, Ibu Pertiwiku dan Sang Saka Biru, bacaan doa serta lafaz ikrar yang dipimpin oleh Inspektor Richmond Dick Sudin.

Majlis berakhir sekitar 8.45 pagi dengan nyanyian Lagu Sedia Berkhidmat dalam suasana tertib, sekali gus memperlihatkan iltizam IPD Betong untuk terus memperkukuh nilai integriti, disiplin dan kecemerlangan perkhidmatan selaras dengan aspirasi PDRM.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Wilfred Yap serah geran RM20,000 kepada PIBG SMK Datuk Patinggi Haji Abdul Gapor

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.