Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • IPD Betong santuni pesara polis dan waris
  • Selatan
  • WILAYAH

IPD Betong santuni pesara polis dan waris

Utusan Sarawak 15 hours ago
Program Lawatan Menyantuni Pesara dan Waris Pesara Polis serta Penyampaian PJPN Daerah Betong yang berlangsung di Kampung Hulu Bungin, Spaoh, semalam. Foto: IPD Betong

BETONG: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Betong menzahirkan keprihatinan terhadap kebajikan pesara polis melalui Program Lawatan Menyantuni Pesara dan Waris Pesara Polis serta Penyampaian Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) Daerah Betong yang berlangsung di Kampung Hulu Bungin, Spaoh, semalam.

Program berkenaan diketuai oleh Ketua Polis Daerah Betong, DSP Wan Mohamad Ali Wan Malek, bersama barisan pegawai kanan dan anggota IPD Betong sebagai tanda penghargaan atas jasa serta pengorbanan warga pasukan yang telah bersara.

Dalam lawatan tersebut, pihak IPD Betong menyantuni pesara polis, Sub Inspektor (B) Maslan Jaafar, yang mula berkhidmat dalam pasukan pada 1985 sebelum bersara pada 2024.

Program Lawatan Menyantuni Pesara dan Waris Pesara Polis serta Penyampaian PJPN Daerah Betong yang berlangsung di Kampung Hulu Bungin, Spaoh, semalam. Foto: IPD Betong

Pada majlis sama, beliau turut menerima Pingat Jasa Pahlawan Negara sebagai simbol pengiktirafan atas sumbangan dan khidmat bakti kepada pasukan serta negara.

Menurut DSP Wan Mohamad Ali, program seumpama ini bertujuan memperkukuh hubungan silaturahim antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pesara, di samping menyampaikan maklumat berkaitan bantuan serta perkhidmatan yang boleh dimanfaatkan oleh pesara dan waris mereka.

“Program ini juga memberi ruang kepada pihak kami untuk mendengar secara langsung keperluan kebajikan pesara agar sebarang tindakan susulan dapat dipertimbangkan,” katanya.

Pesara serta ahli keluarga yang terlibat merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas keprihatinan serta perhatian yang ditunjukkan oleh warga IPD Betong.

Usaha berterusan ini memperlihatkan komitmen PDRM dalam menghargai jasa generasi terdahulu, selain memupuk semangat setia dan bangga terhadap pasukan dalam kalangan anggota yang masih berkhidmat.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Jalan mendap di Lorong Apt 2 runtuh, Michael Kong kecam pihak berkuasa
Next: Khatam al-Quran bukan penamat, permulaan membina sahsiah diri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.