Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • IPD Betong laksanakan Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Tugas Ketua Polis Balai
  • Tengah
  • WILAYAH

IPD Betong laksanakan Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Tugas Ketua Polis Balai

Utusan Sarawak 4 hours ago

MAJLIS Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Balai Betong, di Betong semalam. Foto: IPD Betong

BETONG: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Betong telah melaksanakan Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Balai Betong dalam suasana penuh tertib dan profesional, semalam.

Majlis yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Pusat Kawalan Daerah, IPD Betong itu bermula pada 9.30 pagi dan disaksikan oleh Ketua Polis Daerah Betong, DSP Wan Mohamad Ali Wan Malek, serta dihadiri seramai 21 pegawai kanan dan pegawai rendah polis.

Dalam majlis berkenaan, Sarjan Sylvester Sem secara rasmi menerima pemakaian pangkat Pemangku Sarjan Mejar (SM) yang disempurnakan oleh DSP Wan Mohamad Ali.

Seterusnya, upacara serah terima tugas jawatan Ketua Polis Balai Betong telah dilaksanakan daripada Sarjan Ambia Jali, Timbalan Ketua Polis Balai Betong selaku penyerah tugas, kepada Pemangku SM Sylvester Sem sebagai penerima tugas.

Majlis turut diserikan dengan ucapan oleh Sarjan Ambia Jali dan Pemangku SM Sylvester Sem sebelum disusuli amanat oleh DSP Wan Mohamad Ali.

Dalam amanatnya, beliau merakamkan ucapan tahniah atas kenaikan pangkat yang diterima serta menzahirkan keyakinan bahawa amanah yang dipikul dapat dilaksanakan dengan penuh integriti, dedikasi dan profesionalisme.

Beliau turut menegaskan peranan penting Ketua Polis Balai sebagai barisan hadapan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memastikan kehadiran polis sentiasa dirasai oleh masyarakat setempat, di samping memperkukuh keyakinan awam terhadap pasukan keselamatan negara, khususnya di Daerah Betong.

Majlis berakhir dengan jayanya dalam suasana harmoni, memperlihatkan komitmen berterusan PDRM dalam memastikan kesinambungan kepimpinan dan kecemerlangan perkhidmatan kepada rakyat.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: 210 Ketua Isi Rumah terjejas di Maludam terima sumbangan bakul makanan JKM
Next: Ops SAR wanita warga emas hilang ditangguhkan pada 4.45 petang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.