Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • IPD Bau anjur kebaktian Kristian sempena Hari Polis ke-219
  • Selatan
  • WILAYAH

IPD Bau anjur kebaktian Kristian sempena Hari Polis ke-219

Utusan Sarawak 6 hours ago
SEKITAR kebaktian agama Kristian bersama anggota polis dan penduduk setempat sempena sambutan Hari Polis ke-219 di Gereja St Henry, Apar Singai.

BAU: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau menganjurkan kebaktian agama Kristian sempena sambutan Hari Polis ke-219 di Gereja St Henry, Apar Singai, hari ini.

Ketua Polis Daerah Bau, Mohd Haide A Rahman, berkata program itu mencerminkan semangat perpaduan serta hubungan erat antara pihak polis dan masyarakat setempat.

“Kebaktian agama Kristian sempena sambutan Hari Polis ke-219 peringkat IPD Bau telah berjalan lancar dan mendapat penyertaan menggalakkan daripada anggota polis serta penduduk setempat,” katanya.

Program yang berlangsung dari 10.00 pagi hingga 12.30 tengah hari itu turut dihadiri Timbalan Ketua Polis Daerah Bau, DSP Ritchie Jarit, pegawai kanan polis, anggota, pegawai awam serta penduduk Kampung Apar Singai.

Majlis dimulakan dengan ketibaan pegawai dan tetamu, diikuti upacara misa serta sesi ramah mesra, termasuk ucapan dan penyampaian cenderahati.

Seramai 350 hadirin memeriahkan program tersebut.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: Remaja dikhuatiri dibaham buaya di Sungai Sarawak
Next: Program Intervensi Awal Kanak-Kanak (ECI) dilancarkan secara rasmi di Taska Methodist Sibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.