Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Inti pati Rancangan Malaysia Ke-13
  • NASIONAL

Inti pati Rancangan Malaysia Ke-13

Utusan Sarawak 2 days ago
BUKU RMK13… Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan buku Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) selepas membentangnya di Dewan Rakyat hari ini. Turut bersama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (empat, kiri), Datuk Seri Fadillah Yusof (empat, kanan), Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan (tiga, kiri) dan Menteri Pengangkutan Anthony Loke (dua, kiri). Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Berikut antara inti pati ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa membentangkan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) 2026-2030 bertemakan Melakar Semula Pembangunan di Dewan Rakyat hari ini.

  • Presiden Amerika Syarikat Donald J. Trump memutuskan untuk menyemak semula kadar tarif yang akan dikenakan ke atas Malaysia selewat-lewatnya esok.
  • Presiden Amerika Syarikat Donald J. Trump mengesahkan akan hadir ke Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 di Kuala Lumpur pada Oktober ini.
  • RMK13 akan menumpukan kepada tiga kebijakan utama iaitu:
  1. Pertama – Tatakelola baik. Kerajaan MADANI meneruskan usaha memperkukuh integriti dan akauntabiliti, mempertingkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam serta memantapkan pengurusan fiskal.
  2. Kedua – Meningkatkan kerencaman ekonomi secara menyeluruh kepada penciptaan nilai dalam semua sektor ekonomi.
  3. Ketiga – Pembangunan yang terangkum dan responsif dengan keutamaan untuk menaikkan lantai dan darjat kehidupan rakyat.
  • Dalam tempoh RMK13, pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar disasarkan antara 4.5 peratus hingga 5.5 peratus setahun, diterajui oleh permintaan domestik, terutama penggunaan dan pelaburan swasta.
  • Bagi menjayakan RMK13, pelaburan sebanyak RM611 bilion perlu disediakan. 
  • Sektor pendidikan menerima RM67 bilion, manakala sektor kesihatan diperuntukkan RM40 bilion.
  • RM51 bilion diperuntukan untuk sektor keselamatan manakala sektor pentadbiran akan menerima RM17 bilion.
  • Penambahbaikan tatakelola ditumpukan kepada tiga aspek iaitu menginstitusikan kerajaan yang cekap dan berkesan, menyediakan perkhidmatan berpaksikan rakyat serta memastikan kekuatan fiskal dan impak perbelanjaan negara sampai kepada golongan sasar.
  • Kerajaan MADANI komited memperkukuh ekosistem tadbir urus melalui reformasi perundangan dan institusi termasuk Parlimen, pengukuhan mekanisme pemantauan dan penerapan nilai integriti.
  • Pembaharuan menyeluruh akan dilaksanakan melalui penguatkuasaan Akta Iltizam Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan 2025 dengan keutamaan kepada usaha mengurangkan beban kawal selia.
  • MyDigital ID akan diperkenalkan sebagai kunci pengesahan identiti digital tunggal yang selamat dan sahih, bagi memudahkan akses kepada pelbagai kemudahan awam dalam talian.
  • Melalui GovTech juga, sistem kehakiman negara termasuk Mahkamah Syariah akan ditambah baik.
  • Penjawat awam akan diberikan latihan intensif dalam bidang digital dan AI bagi memperkasakan bakat digital negara dan memanfaatkan analitik data raya.
  • 95 peratus perkhidmatan Kerajaan Persekutuan dilaksanakan secara dalam talian sepenuhnya menjelang tahun 2030.
  • Pendekatan berfokus dan usaha berterusan untuk pastikan Malaysia mencapai kedudukan 20 terbaik dunia dalam Online Service Index (UN e-Government Development Index) serta mengekalkan Kategori A dalam GovTech Maturity Index.
  • Program MADANI Rakyat diteruskan sebagai medan untuk pemimpin turun padang bagi mendekati dan mendengar sendiri keluh kesah rakyat.
  • Sesi libat urus Perdana Menteri melibatkan semua kerajaan Negeri termasuk yang berbeza haluan politik diteruskan.
  • Inisiatif Kemudahan Rakyat diteruskan untuk membolehkan permohonan terus peruntukan bagi menambah baik infrastruktur asas di kawasan masing-masing.
  • Ekosistem persaingan akan diperkukuh melalui rangka perundangan baharu berkaitan aktiviti rent-seeking bagi memastikan rentseekers dapat dibanteras secara lebih tegas dan berkesan.
  • Reformasi fiskal akan diteruskan demi memastikan bantuan yang disalurkan benar-benar sampai kepada rakyat yang paling memerlukan.
  • Aspirasi Malaysia untuk muncul sebagai negara berpendapatan tinggi dan tergolong dalam 30 ekonomi utama dunia menjelang tahun 2030.
  • Malaysia menetapkan hala tuju jelas untuk menerajui ekonomi Asia Tenggara dalam AI, teknologi digital dan industri tenaga boleh baharu.
  • Penerapan inovasi teknologi tempatan akan diberi tumpuan bagi menggalakkan pertumbuhan ekonomi.
  • Aktiviti penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan, dan inovasi (RDCI) akan dipergiat bagi meningkatkan produk dan perkhidmatan berasaskan “Made by Malaysia”.
  • Pelan Tindakan AI Kebangsaan 2030 memacu pembangunan bakat tempatan, penyelidikan dan pengkomersialan teknologi bagi menyokong adaptasi AI secara meluas.
  • Jaringan 5G disasar mencapai 98 peratus liputan di kawasan berpenduduk dan perindustrian termasuk desa menjelang 2030, sasar hasilkan sekurang-kurangnya 5,000 usahawan digital.
  • Strategi kepercayaan digital dan keselamatan data nasional akan dilancarkan untuk melindungi data peribadi, menangani ancaman siber serta memastikan keselamatan ekosistem dan kedaulatan digital negara.
  • Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara, Dasar Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) serta Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia diberi keutamaan.
  • Inisiatif Pengenalan Identiti Digital Perniagaan dan penggunaan digital twin menjadi ikhtiar penting dalam meningkatkan daya saing dan inovasi pemain industri.
  • Literasi AI seawal peringkat rendah dilaksanakan, memperluas harta intelek tempatan, meningkatkan suntikan dana strategik dan menggalakkan kolaborasi rentas sektor.
  • Inisiatif solar terapung hibrid hidro dan hab hidrogen hijau di Kenyir akan diperluas sebagai model tenaga hijau bersepadu, kerajaan pertimbang tenaga nuklear sebagai salah satu sumber tenaga bersih.
  • Pembinaan loji waste-to-energy akan diperluas melalui kerjasama swasta untuk mengurangkan kebergantungan kepada tapak pelupusan.
  • Pelan Transformasi Sektor Air 2040 (AIR2040) diteruskan, tumpuan kepada mempergiat pembangunan dan inovasi teknologi air tempatan yang cekap.
  • Kerangka perundangan maritim negara akan disemak dan ditambah baik agar lebih relevan dan berdaya saing.
  • Aktiviti penangkapan ikan secara tidak sah, tidak dilapor dan tidak dikawal akan dibanteras, manakala sistem tagal atau tagang diperluas sebagai amalan lestari.
  • Tumpuan akan diberikan kepada inisiatif pembangunan zon pelaburan pelancongan (STIZ) khususnya di Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Sarawak, pemangkin penciptaan produk pelancongan baharu.
  • Inisiatif Warisan Kuala Lumpur akan dipulihara dan dipelihara, industri inap desa diperkasa bagi melebarkan limpahan ekonomi sehingga ke desa.
  • Tahun Melawat Malaysia 2026 menjadi pemangkin penting ke arah mencapai sasaran sumbangan sektor pelancongan sebanyak 16 peratus kepada KDNK sepanjang tempoh RMK13.
  • Kerajaan komited memacu pertumbuhan ekonomi jingga (creative industry) melalui industri kreatif digital yang berpotensi tinggi, Dana Padanan dan Dana Produksi Bersama akan dilaksanakan.
  • Pembangunan bakat akan diperkukuh menerusi program industry bridging, peluasan inisiatif Train the Trainer serta pelaksanaan Junior Animator Apprenticeship.
  • Pembangunan modal insan berkemahiran tinggi jadi agenda utama negara, pengukuhan dan penyelarasan antara agensi terus dipergiat.
  • Penawaran program TVET distrategikan semula, penekanan kepada sektor pertumbuhan tinggi dan bernilai tinggi (HGHV) dan berasaskan teknologi termaju.
  • Malaysia sasar pewujudan 700,000 peluang pekerjaan baharu dalam sektor pembuatan dan 500,000 lagi penciptaan karier dalam bidang ekonomi digital dalam tempoh RMK13.
  • Skim Pembiayaan Perkasa TVET MADANI dan Dana Latihan TVET akan diperkenal, penawaran program TVET diperluas kepada pelajar tahfiz.
  • Pelaburan berimpak tinggi diperluas ke luar beberapa kawasan tumpuan utama antaranya di Chuping, Perlis; Kota Kinabalu, Sabah; Kerian, Perak dan Tok Bali, Kelantan. 
  • Pembangunan infrastruktur berskala besar kekal sebagai keutamaan demi memperkukuh keterhubungan antara wilayah serta merangsang pertumbuhan kawasan sekitar secara terancang.
  • Tambahan 300 unit van DRT dan 1,200 bas bagi meningkatkan ketersambungan batuan pertama dan akhir, kekerapan perkhidmatan tren penumpang ditingkatkan melalui penambahan 217 set tren penumpang.
  • Naik taraf laluan sedia ada dan pembinaan jalan baharu diteruskan untuk memastikan akses yang lebih lancar.
  • Pembinaan dan naik taraf jalan luar bandar sepanjang 2,800 km dilaksanakan dalam tempoh RMK13 antaranya di Sarawak, Perak dan Pahang.
  • Inisiatif road-to-rail bagi memindahkan pergerakan kargo daripada jalan raya ke landasan, kurangkan risiko kemalangan jalan raya. 
  • Kerajaan akan memberi tumpuan khusus untuk memposisikan Sabah dan Sarawak sebagai hab tenaga mampan negara yang berdaya saing di peringkat serantau.
  • Pembangunan negeri-negeri pantai timur dipacu melalui pewujudan hab pengeluaran makanan negara yang bersepadu dan berdaya saing.
  • Kerajaan menyasarkan pelaksanaan 200 Kampung Angkat MADANI dan 1,000 Sekolah Angkat MADANI.
  • Kerajaan meneruskan pelaksanaan projek infrastruktur bagi memperkukuh keterhubungan dan ekonomi rentas sempadan.
  • Projek menaik taraf  Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam dan Rantau Panjang serta Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Sabah dan Sarawak diteruskan.
  • Inisiatif seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) diteruskan bagi mengurang beban perbelanjaan susulan kenaikan kos sara hidup.
  • Payung Rahmah akan dipergiat melalui program-program utama seperti Jualan Rahmah, Menu dan Kafe Rahmah serta Bakul Rahmah.
  • Kerajaan akan meningkatkan pemantauan dan kawalan harga makanan bagi memastikan ketelusan harga di sepanjang rantaian bekalan.
  • 17 bentuk bantuan diperkenalkan kepada pelajar seawal peringkat prasekolah hingga menengah agar tidak keciciran daripada mendapat akses makanan yang sihat dan berkhasiat. 
  • Pakej Rahmah untuk perkhidmatan internet serta insurans dan takaful yang lebih mampu dibayar diteruskan.
  • Pas perjalanan bulanan dan pas perjalanan khas kepada pelajar, warga emas dan OKU serta program subsidi tiket penerbangan udara kepada pelajar diteruskan.
  • Nilai adab, kerohanian dan kemanusiaan berasaskan Maqasid Syariah dan semangat patriotisme akan terus diperkuat sebagai asas pembentukan insan MADANI. 
  • Program seperti Kembara Perpaduan Malaysia diteruskan untuk mendekatkan masyarakat berbilang latar melalui pendidikan nilai dan dialog terbuka rentas budaya.
  • Piagam Harmoni Malaysia akan dibangunkan sebagai panduan utama bagi perhubungan dan keharmonian antara agama dan kaum di Malaysia.
  • Program Latihan Khidmat Negara dilaksanakan dengan pembaharuan selari kehendak semasa, identiti nasional akan diperkukuh melalui kefahaman dan semangat kebersamaan.
  • Sebanyak RM67 bilion diperuntukkan bagi sektor pendidikan antaranya untuk membina sekolah baharu.
  • Pembinaan sekolah dijadikan syarat Kebenaran Merancang bagi projek perumahan berskala besar yang baharu, pembinaan sekolah vertikal diperluas bagi menangani isu kepadatan pelajar dan ketiadaan tapak.
  • Kerajaan tekad memastikan kadar enrolmen murid prasekolah dan menengah mencapai 98 peratus, melebihi kadar enrolmen sejagat.
  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terus diguna pakai untuk menilai keberkesanan dasar, kurikulum dan pendekatan pedagogi sistem pendidikan.
  • Kualiti pendidikan negara ditingkatkan berdasarkan penilaian Program Pentaksiran Pelajar Antarabangsa (PISA) dan Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS).
  • Kerajaan sedang bergerak ke arah mewajibkan prasekolah bermula umur 5 tahun, lebih banyak kemudahan prasekolah kelolaan Kementerian Pendidikan akan disediakan terutama di kawasan desa.
  • Kerajaan akan melaksanakan kajian semula ke atas waktu persekolahan optimum, menilai keberkesanan sekolah khusus serta menambah baik model pendidikan bagi murid pintar cerdas dan berbakat.
  • Penguasaan Bahasa Melayu di semua peringkat diperkasa, Bahasa Inggeris dijadikan sebahagian daripada bahasa pembelajaran dan perhubungan manakala pembelajaran bahasa tambahan turut diperluas.
  • Kementerian Pendidikan bertanggungjawab sepenuhnya mengawal selia pendidikan prasekolah hingga menengah manakala pendidikan prauniversiti dan pengajian tinggi diselaras oleh Kementerian Pendidikan Tinggi.
  • Majlis Pendidikan Negara akan ditubuhkan untuk menyelaras, memantau serta merangka tindakan intervensi yang bersesuaian.
  • Kerajaan akan melaksanakan projek rintis pemberian autonomi kepada universiti awam yang terpilih bagi memperkukuh tadbir urus institusi pengajian tinggi.
  • Mekanisme pengambilan guru daripada pelbagai sumber secara terbuka akan ditambah baik, pastikan peluang disediakan kepada calon yang benar-benar layak.
  • Hubungan baik dengan semua negara terus dieratkan, penglibatan aktif Malaysia dengan APEC, BRICS dan negara selatan-selatan turut diperkukuh.
  • Malaysia sedia jadi jambatan dan suara dunia membangun pada peringkat global.
  • Malaysia akan menjadi tuan rumah Sukan SEA 2027 dan beberapa kejohanan antarabangsa yang lain dalam tempoh lima tahun akan datang.
  • Penghasilan produk makanan dalam negara akan dipertingkat, pertanian berskala besar dibangunkan di Kelantan, Pahang, Terengganu, Sabah dan Sarawak.
  • Program penanaman padi lima musim dalam tempoh dua tahun dipercepat dan diperluas, pemindahan teknologi diberi keutamaan, adaptasi pertanian pintar dan ladang satelit dipergiat.
  • Sumber import makanan akan dipelbagaikan, kawal selia kemasukan makanan ke dalam negara akan diperkukuh.
  • 1 juta unit rumah mampu milik akan dibina oleh Kerajaan Persekutuan dan Negeri serta pemaju swasta dalam tempoh 2026 hingga 2035.
  • Inisiatif seperti Skim Jaminan Kredit Perumahan dan Skim Sewa untuk Beli (RTO) akan diperluas, bolehkan lebih ramai rakyat mampu memiliki rumah sendiri.
  • Inisiatif seperti Kota MADANI di Putrajaya akan diperluas sebagai model pembangunan perumahan mampu milik yang menterjemah konsep perbandaran ‘umran hadhari.
  • Pembuatan ubat domestik akan digalakkan dan penggunaan ubat generik oleh sektor awam dan swasta akan ditingkatkan.
  • Cukai prokesihatan diperluas daripada gula kepada produk seperti tembakau, vape dan alkohol, dorong perubahan tingkah laku dan membendung peningkatan penyakit tidak berjangkit NCD.
  • Sektor kesihatan terima peruntukan sebanyak RM40 bilion dalam tempoh RMK13 termasuk bagi mengurangkan perbelanjaan rakyat untuk perkhidmatan penjagaan kesihatan.
  • Lebih banyak projek pembinaan serta naik taraf hospital dan klinik Kerajaan termasuk yang daif akan dilaksanakan.
  • Rangka kerja pembangunan profesional sektor kesihatan peringkat kebangsaan akan dibangunkan untuk menangani isu keperluan sumber manusia.
  • Rang Undang-Undang Perubahan Iklim Negara akan diwartakan bagi mengawal selia tindakan iklim negara, Pelan Adaptasi Kebangsaan akan diperkenalkan.
  • Pelan pengurusan risiko bencana akan dimasukkan dalam Rancangan Struktur Negeri dan Rancangan Tempatan.
  • Risiko dan impak banjir akan dikurangkan antaranya melalui projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) dengan peruntukan lebih RM20 bilion bagi melaksanakan 103 projek.
  • Kesiapsiagaan mendepani ancaman kedaulatan dan keselamatan di Laut China Selatan akan diperhebat manakala proses keimigresenan dipercekap melalui Sistem Imigresen Bersepadu Nasional lebih moden.
  • Rangka Tindakan Penuaan Kebangsaan 2025-2045 digubal sebagai panduan menyeluruh bagi persediaan menghadapi cabaran penuaan negara.
  • RMK13 memberi penekanan kepada penyediaan ekosistem perkhidmatan penjagaan jangka panjang (LTC) yang lebih cekap dan mampan.
  • Instrumen perundangan akan digubal bagi memastikan keseragaman dasar dan peraturan penjagaan bagi menghadapi cabaran penuaan negara.
  • Insentif perlindungan sosial dan faedah akan disediakan kepada penjaga serta pekerja perkhidmatan LTC bagi memartabatkan sektor penjagaan sebagai kerjaya berpotensi tinggi.
  • Kurikulum TVET akan diperluas merangkumi bidang penuaan, dengan insentif khas kepada pelajar yang menjalani latihan industri.
  • Melalui Program SejaTi MADANI, dana sehingga RM100,000 diberikan kepada komuniti yang layak bagi meningkatkan pendapatan dan merancakkan kegiatan ekonomi setempat.
  • Program TVET MADANI akan diperkasa bagi meningkatkan penguasaan kemahiran yang boleh menjana pendapatan lebih tinggi termasuk kepada pelajar tahfiz dan huffaz.
  • Tahap pensijilan TVET akan ditingkatkan agar setara dengan tahap kelayakan pengajian tinggi di bawah Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF).
  • Penyelarasan gaji secara menyeluruh akan dipercepat bagi memastikan pekerja menikmati perkongsian ekonomi yang lebih adil dan saksama.
  • Kadar gaji minimum akan diperluas kepada graduan dan pekerja separa mahir, termasuk lepasan program TVET.
  • Peranan Majlis Perundingan Gaji Negara akan diperkasa, portal e-MASCO ditambah baik sebagai instrumen pemantauan kadar gaji yang lebih telus dan responsif.
  • Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja akan diperluas bagi menyediakan perlindungan insurans sosial menyeluruh termasuk di luar waktu kerja.
  • Jumlah pekerja asing dikurangkan daripada 15 peratus sedia ada kepada 10 peratus menjelang 2030, pelaksanaan Mekanisme Levi Pelbagai Peringkat akan dikuatkuasakan.
  • Program Gate to Global (GTG) akan terus dipergiat bagi mengangkat daya saing usahawan bumiputera di pasaran antarabangsa.
  • Pembangunan sosioekonomi Anak Negeri Sabah dan Bumiputera Sarawak akan diperkukuh, peluang perniagaan dipeluas. 
  • Akta Orang Asli 1954 [Akta 134] akan disemak semula bagi menambah baik perlindungan hak dan darjat komuniti berkenaan, sekolah berasaskan komuniti akan diperluas.
  • Tahap sosioekonomi Kampung Baru Cina akan diperkukuh menerusi pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Kampung Baru.
  • Inisiatif baik pulih rumah serta pemantapan tatakelola pengurusan masyarakat India akan dilaksanakan.
  • Infrastruktur dan kemudahan awam akan ditambah baik untuk meningkatkan akses jaringan sosial dan peningkatan kualiti hidup masyarakat Cina dan India termasuk wanita, belia dan warga berusia.
  • Pusat penjagaan berkualiti akan diperluas dan latihan bersesuaian akan disediakan bagi menyokong peningkatan kadar penyertaan wanita dalam pasaran kerja kepada 60 peratus.
  • Projek pembinaan blok Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di 34 buah sekolah sedia ada akan diteruskan.
  • Sokongan dan latihan mencukupi melalui program Akademi Dalam Industri (ADI), Pelan Tindakan OKU Kebangsaan dan insentif kepada majikan untuk meningkatkan penyertaan warga emas, Orang Asli dan OKU dalam pasaran kerja.
  • Had umur persaraan wajib akan diteliti semula untuk disesuaikan dengan peralihan kepada negara tua.
  • Kerajaan akan memperkasa sektor ketiga, sumber pembiayaan alternatif diperluas.
  • Mekanisme pemantauan RMK13 ditambah baik melalui Sistem Pemantauan PPD, struktur tadbir urus digerakkan secara berperingkat sehingga pelaporan ke Jemaah Menteri. – Bernama
Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: RMK13 garis empat strategi, tingkat kecekapan pengangkutan awam
Next: RMK13: Kerajaan teliti semula had umur bersara wajib

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.