Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Integriti tunjang kepercayaan rakyat terhadap pemimpin komuniti
  • Selatan
  • WILAYAH

Integriti tunjang kepercayaan rakyat terhadap pemimpin komuniti

Utusan Sarawak 1 day ago
AMANAT…Datuk Rubiah Wang berucap ketika Majlis Penangguhan Kursus Modul Integriti Kepimpinan Masyarakat (MIKM) Tahap 1 (Siri 18) dan Tahap 2 (Siri 7) Daerah Kota Samarahan, di sini hari ini.

KOTA SAMARAHAN: Pemimpin masyarakat perlu menerapkan nilai integriti dan kejujuran dalam kepimpinan agar pentadbiran di peringkat akar umbi lebih telus serta mendapat kepercayaan rakyat.

Demikian ditekankan oleh Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Ahli Parlimen P.197 Kota Samarahan, Datuk Rubiah Wang ketika menyempurnakan majlis penangguhan Kursus Modul Integriti Kepimpinan Masyarakat (MIKM) Tahap 1 (Siri 18) dan Tahap 2 (Siri 7) Daerah Kota Samarahan yang berlangsung di Dewan Persidangan Tingkat 5, Wisma SALCRA, hari ini.

Rubiah berkata, kursus seumpama ini amat penting bagi memastikan nilai integriti diterapkan secara konsisten dalam kalangan pemimpin masyarakat agar setiap tindakan dan keputusan dibuat berasaskan prinsip amanah dan tanggungjawab.

“Integriti bukan sekadar slogan, tetapi satu amalan yang perlu dijadikan budaya dalam kepimpinan masyarakat supaya urus tadbir di peringkat akar umbi lebih telus dan berkesan,” katanya.

Beliau menambah, usaha ini juga selaras dengan hasrat kerajaan negeri memperkukuh budaya integriti dan etika kerja berlandaskan nilai kejujuran serta akauntabiliti dalam kalangan ketua masyarakat.

KENANGAN…Datuk Rubiah Wang bersama tetamu kehormat yang lain dan para peserta program merakam gambar kenangan pada Majlis Penangguhan Kursus Modul Integriti Kepimpinan Masyarakat (MIKM) Tahap 1 (Siri 18) dan Tahap 2 (Siri 7) Daerah Kota Samarahan, di sini, hari ini.

“Pemimpin masyarakat perlu menjadi sumber inspirasi kepada komuniti, dihormati dan dipercayai, selain mampu menyesuaikan diri dengan perubahan semasa termasuk memahami kemajuan teknologi seperti kecerdasan buatan (AI),” ujar Rubiah lagi.

Sementara itu, Penghulu Dunstan Rectaker menyifatkan kursus berkenaan sebagai wadah penting untuk memperkukuh jati diri dan nilai kepimpinan dalam kalangan pemimpin komuniti.

“Program seperti ini membantu kami memahami tanggungjawab sebagai pemimpin masyarakat dengan lebih mendalam serta membentuk keperibadian yang jujur dan berintegriti,” katanya.

Bagi Ketua Kaum Kampung Entingan, Kadom Changgai, penganjuran kursus ini banyak memberikan manfaat dalam meningkatkan nilai integriti diri dan kepimpinan.

KETUA Kaum Kampung Entingan, Kadom Changgai (kiri) dan Penghulu Dunstan Rectaker.

“Ilmu yang diperoleh melalui kursus ini amat berguna dan boleh saya terapkan kepada masyarakat supaya sama-sama mengamalkan kejujuran dan amanah dalam kehidupan seharian,” ujarnya.

Kursus yang dianjurkan ini antara lain bertujuan menanam nilai integriti dalam kalangan ketua masyarakat dan ketua kaum (KMKK), meningkatkan kemahiran kepimpinan dalam menangani cabaran sosial, serta melahirkan ikon integriti yang mampu memberi inspirasi kepada masyarakat setempat.

Dengan penganjuran kursus ini, diharapkan para peserta dapat mengaplikasikan nilai-nilai tersebut dalam tugas harian mereka, mewujudkan kerjasama erat antara komuniti dan agensi kerajaan, serta meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap kepimpinan tempatan yang bersih, jujur dan bertanggungjawab.

Turut hadir Setiausaha Politik Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Hamzah Brahim serta para pemancha, kapitan, penghulu dan ketua kaum dari sekitar Kota Samarahan.

Oleh Norman B

Continue Reading

Previous: PPS Dewan Serbaguna Taman Seroja Indah dibuka, 39 mangsa dipindahkan
Next: Lebih 70 beg sampah dikumpul dalam Program Clean Up Pan Borneo APM Lubok Antu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.