Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Integriti dan disiplin tumpuan utama dalam Dialog Bulanan PPS Disember 2025
  • Tengah
  • WILAYAH

Integriti dan disiplin tumpuan utama dalam Dialog Bulanan PPS Disember 2025

Utusan Sarawak 7 hours ago
SEKITAR Dialog Bulanan bagi Disember 2025 peringkat Penjara Pusat Sibu (PPS), baru-baru ini. Foto Facebook Penjara Pusat Sibu

SIBU: Isu integriti, disiplin serta pelaksanaan tugas secara amanah dan beretika menjadi antara perkara utama ditekankan dalam Dialog Bulanan bagi Disember 2025 peringkat Penjara Pusat Sibu (PPS), baru-baru ini.

Pengarah PPS, PP Celestine Jubang Paul berkata, setiap pegawai dan kakitangan perlu mengekalkan disiplin yang tinggi serta menjadi contoh teladan yang baik dalam menjalankan tugas harian demi imej dan kredibiliti jabatan.

“Saya mengingatkan semua warga kerja agar sentiasa melaksanakan tanggungjawab dengan penuh dedikasi serta mematuhi tatacara kerja yang telah ditetapkan, khususnya dalam memastikan integriti perkhidmatan sentiasa terpelihara,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap mempengerusikan dialog tersebut yang berlangsung di Kantin Kakitangan PPS.

PP Celestine turut merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pegawai dan kakitangan atas komitmen serta kerjasama yang diberikan sepanjang 2025, terutama dalam menjayakan pelbagai tugas dan program institusi.

“Saya mengambil kesempatan mengucapkan selamat bercuti dan Selamat Menyambut Hari Krismas kepada warga kerja yang meraikannya,” ujarnya.

Majlis berkenaan turut diserikan dengan penyampaian dana secara one-off berjumlah RM1,000 kepada beberapa kelab dan unit institusi sebagai sokongan kepada pelaksanaan program dalaman kakitangan bagi tahun hadapan.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Khidmat khas bomba bantu selesaikan kes pintu kereta terkunci
Next: JTPIL bentang laporan kewangan dan aktiviti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.