Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Inspektor Nurul Mizatul Qamarina galas amanah baharu di IPD Simunjan
  • Tengah
  • WILAYAH

Inspektor Nurul Mizatul Qamarina galas amanah baharu di IPD Simunjan

Utusan Sarawak 7 hours ago
SERAH TUGAS… Ketua Polis Daerah Simunjan, DSP Rafhan Kepli (tengah), menyaksikan majlis Serah Terima Tugas Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah IPD Simunjan daripada ASP Alham Maulana Omar kepada Inspektor Nurul Mizatul Qamarina Abdullah, hari ini. Foto IPD Simunjan

SIMUNJAN: Majlis Serah Terima Tugas Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Simunjan berlangsung hari ini dengan disaksikan Ketua Polis Daerah Simunjan, DSP Rafhan Kepli.

Majlis tersebut menyaksikan penyerahan tugas daripada ASP Alham Maulana Omar kepada Inspektor Nurul Mizatul Qamarina Abdullah yang akan memangku jawatan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah IPD Simunjan berikutan pertukaran ASP Alham Maulana ke penugasan baharu.

Penyerahan tugas itu diadakan sebagai simbolik penyerahan tanggungjawab bagi memastikan kelancaran pentadbiran serta kesinambungan operasi Bahagian Siasatan Jenayah Daerah IPD Simunjan.

DSP Rafhan merakamkan penghargaan kepada ASP Alham Maulana atas jasa, komitmen dan dedikasi yang dicurahkan sepanjang menerajui Bahagian Siasatan Jenayah Daerah IPD Simunjan.

Beliau turut menyatakan keyakinan bahawa Inspektor Nurul Mizatul Qamarina berupaya menggalas amanah yang diberikan dengan penuh profesionalisme, di samping meneruskan kecemerlangan pasukan dalam melaksanakan tanggungjawab menjaga keselamatan awam dan menguatkuasakan undang-undang.

Pada masa yang sama, IPD Simunjan mengucapkan selamat maju jaya kepada ASP Alham Maulana di tempat penugasan baharu serta mendoakan agar beliau terus cemerlang dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.

Oleh Adi Safarman

Tags: Tengah

Continue Reading

Previous: Pembinaan loji rawatan air baharu Kanowit bernilai RM185.2 juta berjalan lancar
Next: MPS jelas pelaksanaan penuh sistem parkir pintar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.