Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • ‘Inspektor Khoo’ sekali lagi punca pesara guru rugi RM739,050
  • JENAYAH

‘Inspektor Khoo’ sekali lagi punca pesara guru rugi RM739,050

Utusan Sarawak 2 years ago

KUCHING: Seorang pesara guru berputih mata apabila simpanan hari tua berjumlah RM739,050 lesap selepas menjadi mangsa penipuan telefon yang menyamar sebagai ‘Inspektor Khoo’ anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mohd Azman Ahmad Sapri dalam kenyataan kepada media mengesahkan menerima satu laporan daripada mangsa seorang wanita berusia 63 tahun pada 6 Mei lalu.

“Mangsa melaporkan telah menerima panggilan telefon daripada suspek iaitu seorang lelaki yang menyamar sebagai anggota PDRM, menggelar dirinya ‘Inspektor Khoo’. Suspek mendakwa mangsa terlibat dalam pengubahan wang haram.

“Suspek juga mendakwa Bank Negara mahu menyemak simpanan mangsa dan memintanya membuka akaun bank baharu serta memindahkan semua wang milik mangsa ke dalam akaun itu bagi tujuan siasatan. 

“Mangsa dalam keadaan panik telah membuka dua akaun bank yang baharu pada 12 Mei lalu dan memindahkan sejumlah RM739,050 daripada simpanan bank miliknya dan suami ke dalam akaun bank baharu tersebut.

“Sebaik sahaja berbuat demikian, mangsa diminta untuk memberikan semua maklumat perbankan kepada ‘Insp Khoo’,” kata Mohd Azman di sini, hari ini.

Tambah beliau, mangsa hanya menyedari ditipu setelah menghubungi pihak bank dan dimaklumkan bahawa terdapat beberapa transaksi pemindahan wang keluar ke akaun bank lain milik individu tidak dikenali. 

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan, pesalah boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun dan sebat atau denda. 

Nama ‘Inspektor Khoo’ juga pernah digunakan oleh suspek penipuan telefon sebelum ini, kata Mohd Azman.

Menurut Mohd Azman lagi, hanya dalam tempoh seminggu, terdapat tiga kes penipuan menerusi operandi sama di sekitar Sarawak iaitu di Miri, Bintulu dan Kuching. 

Seorang pesara berusia 66 tahun di Miri kehilangan RM1.2 juta daripada simpanan sepanjang hayatnya dan seorang pekerja sebuah syarikat teknologi maklumat (IT) berusia 55 tahun di Bintulu kehilangan RM1.18 juta wang simpanan bank dan simpanan KWSP.

Mohd Azman justeru mengingatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada terhadap operandi penipuan dan tidak memberikan maklumat perbankan peribadi melalui telefon.

Oleh Connie Chieng 

Continue Reading

Previous: Lelaki mengamuk di tabika, guru wanita cedera
Next: Najib, anak fail rayuan elak bayar tunggakan cukai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.