Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Insititut Methodist Pilley digesa naik taraf jadi universiti penuh
  • PENDIDIKAN

Insititut Methodist Pilley digesa naik taraf jadi universiti penuh

Utusan Sarawak 17 hours ago
TIMBALAN Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian (empat dari kiri) memotong kek bersama yang lain sebagai simbolik sambutan Ulang Tahun ke-35 MPI di Sibu, semalam.

SIBU: Institut Methodist Pilley (MPI) disaran dinaik taraf kepada universiti penuh bagi memperkukuh lagi peranannya dalam pembangunan pendidikan dan modal insan di Sarawak.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, langkah itu selaras dengan sumbangan signifikan institusi berkenaan dalam menyediakan pendidikan tertiari sejak lebih tiga dekad lalu.

Beliau menegaskan MPI mempunyai potensi besar untuk berkembang ke tahap lebih tinggi melalui kerjasama strategik bersama kerajaan negeri.

“Sudah tiba masanya untuk MPI melangkah ke peringkat seterusnya sebagai universiti penuh. Usaha ini memerlukan kerjasama semua pihak termasuk sokongan kerajaan bagi merealisasikannya.

“Kita tidak boleh membangunkan Sarawak secara bersendirian. Asas yang kukuh perlu dibina agar generasi akan datang dapat terus maju dan meneruskan pembangunan negeri,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Ulang Tahun ke-35 MPI di sini, semalam.

Dr Sim, yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, berkata visi MPI dalam menyediakan pendidikan tinggi sejak awal penubuhannya menunjukkan pendekatan yang mendahului keperluan semasa.

Menurutnya, pengalaman dan pencapaian institusi itu kini menjadi rujukan dalam usaha Sarawak memperkukuh autonomi pendidikan selepas lebih 60 tahun pembentukan Malaysia.

“Pendidikan tertiari yang ditawarkan MPI sejak dahulu lagi membuktikan institusi ini berada di hadapan zamannya, dan kini Sarawak turut memanfaatkan pengalaman tersebut,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata sekolah mubaligh di negeri ini telah memainkan peranan penting dalam melahirkan ramai pemimpin berkaliber, termasuk kepimpinan tertinggi Sarawak.

Malah, katanya, sejak 1963, kesemua individu yang pernah memegang jawatan Ketua Menteri atau Premier Sarawak merupakan lepasan sekolah mubaligh, iaitu Sekolah St Joseph.

Dalam pada itu, beliau turut memuji pencapaian MPI yang bukan sahaja melahirkan graduan berkelayakan, malah individu berintegriti dan berdisiplin tinggi.

“Dalam tempoh 35 tahun, MPI berjaya melahirkan graduan yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik, tetapi juga mempunyai nilai etika yang tinggi, menjadikan mereka sentiasa menjadi pilihan majikan,” katanya.

Turut hadir, Presiden Lembaga Pengarah Persidangan Tahunan Cina Sarawak (SCAC), Rev Dr Lau Hui Ming serta Pengerusi Lembaga Pengarah MPI, Paul Wong Hee Kwong.

Oleh Tarani Lanting

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: KKM tawar pelbagai kursus di ILKKM kepada lepasan SPM
Next: Kursus AI tarik penyertaan luar daerah, KKSRCS perkasa komuniti digital

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.