Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Insiden tumpahan bahan kimia di Jalan Kidurong terkawal, tiada mangsa
  • Utara
  • WILAYAH

Insiden tumpahan bahan kimia di Jalan Kidurong terkawal, tiada mangsa

Utusan Sarawak 3 hours ago
TUMPAHAN bahan kimia jenis Sludge Breaker kelihatan memenuhi kawasan semak dan tebing berhampiran Jalan Kidurong, Bintulu, susulan kejadian muatan terjatuh dari lori treler, sebelum kerja-kerja kawalan dan pembersihan dijalankan oleh JBPM.

BINTULU: Satu insiden tumpahan bahan kimia jenis ‘Sludge Breaker’ dilaporkan berlaku di Jalan Kidurong berhampiran Stadium di sini, hari ini, namun keadaan berjaya dikawal tanpa melibatkan sebarang mangsa.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 4 Bintulu, Wan Kamaruddin Wan Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 12.34 tengah hari.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu segera digerakkan ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, didapati berlaku tumpahan bahan kimia jenis ‘Sludge Breaker’ akibat terjatuh dari sebuah lori treler.

“Hasil pemeriksaan mendapati tiada mangsa terlibat dan situasi di lokasi berada dalam keadaan terkawal,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, anggota bomba seterusnya memakai Peralatan Perlindungan Diri (PPE) lengkap dan menjalankan pengasingan kawasan dengan memasang sawar keselamatan bagi mengelakkan pendedahan kepada orang awam.

“Kerja-kerja pembersihan tumpahan dilaksanakan menggunakan pasir bagi menyerap bahan kimia tersebut dan operasi pembersihan masih dijalankan sehingga kawasan disahkan selamat,” katanya.

Pihak polis turut berada di lokasi bagi membantu kawalan keselamatan dan lalu lintas.

Punca kejadian masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Oleh Carolyne Utih

Continue Reading

Previous: Persatuan Foochow Bintulu salur sumbangan TBC kepada 150 murid kurang berkemampuan
Next: Sumbangan bakul makanan Tahun Baharu Cina 2026 bukti komitmen berterusan Bintulu Port terhadap komuniti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.