Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • SFC hantar pasukan SWAT tangkap buaya ganas di Limbang
  • KEMALANGAN

SFC hantar pasukan SWAT tangkap buaya ganas di Limbang

Utusan Sarawak 8 hours ago
KENYATAAN media daripada Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC).

LIMBANG: Pasukan Tindakan Pantas Hidupan Liar (SWAT) SFC telah segera digerakkan ke lokasi bagi membantu operasi pencarian mangsa serta melaksanakan tindakan susulan untuk memburu buaya yang mengancam keselamatan penduduk.

Merujuk insiden serangan buaya yang melibatkan seorang lelaki di Kampung Pandam semalam, Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa serta memberi jaminan bahawa tindakan segera telah diambil bagi menangani situasi tersebut.

Pengurus SFC, Abang Arabi Abang Aimran, dalam satu kenyataan kepada Utusan Sarawak memaklumkan bahawa pasukan SWAT SFC telah digerakkan segera ke lokasi bagi membantu operasi mencari mangsa serta melaksanakan tindakan susulan untuk memburu buaya yang mengancam keselamatan penduduk.

“Keutamaan kami adalah memastikan keselamatan orang awam sentiasa terpelihara dan mengurangkan risiko ancaman di kawasan terlibat,” katanya.

LOKASI KEJADIAN… Pasukan polis meninjau lokasi kejadian.

Berhubung dakwaan sesetengah pihak yang cuba menyalahkan kerajaan, khususnya kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS), kononnya tidak mengambil tindakan terhadap isu buaya, SFC menegaskan bahawa tuduhan tersebut adalah tidak berasas.

“Sejak beberapa tahun lalu, pelbagai langkah proaktif telah dilaksanakan, termasuk menjalankan operasi penangkapan buaya di kawasan panas (hotspot), memasang papan tanda amaran di lokasi berisiko, mengadakan program kesedaran bersama komuniti kampung mengenai keselamatan di kawasan sungai, serta menyediakan talian aduan bagi membolehkan orang awam melaporkan kehadiran buaya secara terus kepada SFC,” katanya.

Katanya, adalah tidak wajar bagi mana-mana pihak menjadikan isu keselamatan ini sebagai bahan politik atau untuk memburukkan imej kepimpinan negeri.

Beliau menegaskan bahawa keselamatan rakyat sentiasa menjadi keutamaan kerajaan GPS, dan SFC akan terus komited melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan.

Oleh Adeng Edrus

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Mangsa dilihat berada pada mulut buaya sebelum diheret ke dalam sungai
Next: Mangsa disambar buaya ditemukan satu kilometer dari lokasi hilang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.