Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • INSIDEN SARAWAK UNITED FC DISIASAT
  • SUKAN

INSIDEN SARAWAK UNITED FC DISIASAT

Utusan Sarawak 4 years ago

PERSATUAN Bola sepak Malaysia (FAM) akan melakukan siasatan terperinci terhadap insiden perlawanan Liga Premier membabitkan Sarawak United menentang Negeri Sembilan FC dalam aksi yang berlangsung di Stadium Kuala Lumpur Cheras, Jumaat lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pengadil, Datuk S Sivasundaram berkata, pihaknya tidak akan mengamalkan sikap pilih bulu dalam menentukan hukuman kepada pemain, pegawai pasukan atau pengadil yang mencetuskan insiden pada malam terbabit sebelum tindakan susulan diambil.

Katanya keselamatan pengadil menjadi keutamaan pihaknya, namun tidak mahu menjatuhkan hukuman tanpa mendengar penjelasan lanjut daripada kedua-dua pihak.

“Tiada pihak yang akan terlepas kerana jika pengadil diserang pemain atau pegawai pasukan ia adalah kesalahan serius.

“Saya sedia maklum mengenai insiden berkenaan dan keputusan berkaitan siapa yang akan dikenakan hukuman diketahui Isnin ini,” katanya semalam.

Selain itu, Sivasundaram menasihati pemain dan pegawai pasukan supaya mengawal kemarahan dan menggunakan saluran yang betul jika tidak berpuas hati terhadap keputusan pengadil.

“Kita berharap insiden seumpama itu tidak berulang lagi kerana jika terbukti ada serangan terhadap pengadil kemungkinan mereka boleh dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM,” ujarnya.

Pada perlawanan Jumaat lalu, yang menyaksikan Negeri Sembilan FC menang 1-0, pengadil, Mohd Kamil Zakaria Ismail diserang beberapa pemain Sarawak United FC selepas aksi berakhir.

Oleh ADI SAFARMAN

Continue Reading

Previous: Kedudukan belum selesa
Next: Ronaldo tampil ‘berbisa’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.