Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Insiden pertama pesawat Korea Selatan di luar negara: Dua juruterbang selamat
  • GLOBAL

Insiden pertama pesawat Korea Selatan di luar negara: Dua juruterbang selamat

Utusan Sarawak 3 days ago

SEOUL:  Dua juruterbang Korea Selatan berjaya menyelamatkan diri selepas jet pejuang KF-16 mereka terlibat dalam satu insiden kecemasan semasa latihan udara Red Flag yang diketuai Amerika Syarikat di Alaska, menurut kenyataan Tentera Udara Korea Selatan pada Rabu.

Insiden itu berlaku pada kira-kira 4 petang Selasa (waktu tempatan AS) ketika pesawat pejuang itu sedang berlepas dari Pangkalan Tentera Udara Eielson, lapor Agensi Berita Yonhap.

Kedua-dua juruterbang terpaksa menggunakan kerusi lenting kecemasan, menurut Tentera Udara.

Dalam kenyataan berasingan, Sayap Pejuang ke-354 AS mengesahkan kejadian berlaku di dalam kawasan pagar pangkalan semasa pesawat meninggalkan landasan.

Buat masa ini, tahap kerosakan pesawat dan punca sebenar insiden masih belum diketahui.

“Kedua-dua juruterbang telah dibawa ke hospital tentera AS dan kini sedang pulih. Mereka hanya mengalami luka dan lecur ringan tanpa sebarang kecederaan serius,” menurut kenyataan Tentera Udara.

Jet pejuang KF-16 itu mengalami kerosakan akibat kebakaran dan kini ditempatkan di kawasan rumput berhampiran landasan.

Tentera Udara merancang untuk menghantar pasukan penyiasat dan kerja-kerja penyelenggaraan kecemasan bagi menentukan punca sebenar kemalangan dengan kerjasama rapat pihak AS.

Kejadian ini merupakan kemalangan pertama melibatkan pesawat pejuang Korea Selatan di luar negara.

Latihan Red Flag-Alaska, yang bermula pada 1975, bertujuan menyediakan latihan realistik dalam persekitaran pertempuran simulasi, menurut tentera AS.

Korea Selatan mula menghantar pesawat pejuang ke latihan itu pada 2013.

Tahun ini, Tentera Udara Korea Selatan menghantar 11 pesawat termasuk KF-16 dan pesawat pengangkut KC-330, serta kira-kira 100 anggota tentera udara.

— Bernama-Yonhap

Continue Reading

Previous: ChatGPT alami gangguan global dengan perkhidmatan terganggu
Next: Guna dron gugurkan dadah ke dalam penjara Indonesia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.