Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Insiden keropok beracun: Adik pula meninggal dunia
  • JENAYAH

Insiden keropok beracun: Adik pula meninggal dunia

Utusan Sarawak 10 months ago
MUHAMMAD Akil Syauqi, 3, meninggal dunia kira-kira 8.30 pagi kelmarin selepas 78 jam bertarung nyawa dan ibu kepada kanak-kanak itu Nurain Hasnorizal, 25, ketika dihubungi berkata, anak bongsunya iaitu mangsa kedua insiden keropok beracun Muhammad Luth Syauqi Nur Sufyan, 2, meninggal dunia kira-kira 1.24 tengah hari tadi.

GEORGE TOWN: Mangsa kedua insiden keropok beracun Muhammad Luth Syauqi Nur Sufyan, 2, menghembuskan nafas terakhirnya hari ini hanya dua hari selepas pemergian abangnya Muhammad Akil Syauqi, 3,  ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak (PICU) Hospital Pulau Pinang (HPP). 

Ibu kanak-kanak itu Nurain Hasnorizal, 25, ketika dihubungi berkata, anak bongsunya meninggal dunia kira-kira 1.24 tengah hari tadi.

Terdahulu, kedua-dua beradik malang itu menerima rawatan di PICU HPP sejak Ahad lepas selepas termakan keropok dipercayai mengandungi racun tikus di Kampung Padang Ubi, Labu Besar, Kulim di Kedah.

Muhammad Akil Syauqi meninggal dunia kira-kira 8.30 pagi kelmarin selepas 78 jam bertarung nyawa.

Nurain berkata, proses bedah siasat anak bongsunya akan dilakukan di Jabatan Perubatan Forensik HPP hari ini sebelum jenazah dibawa pulang ke kampung halaman untuk dikebumikan berhampiran pusara abangnya.

Walaupun sedih dan perit untuk menerima hakikat itu namun beliau reda dengan ketentuan Ilahi.

“Saya reda, biarlah dia ikut abangnya daripada menanggung kesakitan di sini…hilang sudah semua kesakitan adik sekarang,” katanya dengan nada teresak-esak.  

Media melaporkan dua kanak-kanak itu dipercayai mengambil peket makanan ringan yang digantung di dawai besi pagar kebun yang dikatakan untuk memerangkap monyet.

Kejadian itu disedari ibu mangsa pada 11.00 pagi hari kejadian selepas melihat kedua-dua anaknya muntah dan mulut mereka berbuih. – Bernama

Continue Reading

Previous: Pasangan kekasih antara ditahan kes edar dadah
Next: Kes bunuh Nur Farah Kartini: Polis jumpa telefon pintar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.