Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Insiden kebocoran gas di Putra Heights, kerajaan jamin bekalan tenaga di Lembah Klang stabil – Fadillah
  • SEMASA

Insiden kebocoran gas di Putra Heights, kerajaan jamin bekalan tenaga di Lembah Klang stabil – Fadillah

Utusan Sarawak 2 months ago

PETRA JAYA: Kerajaan memberi jaminan bahawa bekalan tenaga di Lembah Klang kekal stabil meskipun insiden yang berlaku di Putra Heights baru-baru ini melibatkan kebocoran gas.

Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Sri Fadillah Yusof, berkata siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian, namun keutamaan kerajaan adalah memastikan operasi menyelamat telah diselesaikan serta mangsa yang cedera menerima rawatan sewajarnya.

“Perdana Menteri sendiri telah melawat ke tapak kejadian dan mengumumkan bantuan kepada mangsa serta mereka yang mengalami kerosakan rumah dan kenderaan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Pusat Konvensyen CIDB Sarawak, hari ini.

Jelasnya, walaupun sebahagian daripada janakuasa memerlukan bekalan gas yang terjejas akibat kebocoran, laporan terkini menunjukkan bekalan tenaga masih dapat dikekalkan dalam tempoh kritikal seminggu ini.

“Langkah seterusnya adalah menghidupkan janakuasa lama yang tidak bergantung kepada gas bagi memastikan bekalan tenaga di Lembah Klang tidak terjejas,” tambahnya.

Fadillah turut memaklumkan bahawa audit integriti sedang dijalankan ke atas dua saluran paip gas yang terlibat, namun setakat ini kabel tenaga tidak mengalami kerosakan yang boleh menyebabkan gangguan bekalan elektrik.

Sementara itu, Fadillah, berkata kerajaan akan memastikan bantuan kepada mangsa disalurkan dengan sewajarnya, termasuk melalui Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dan syarikat insurans, bergantung kepada hasil siasatan.

“Persatuan bank juga telah mengumumkan kemudahan bagi peminjam yang terjejas, termasuk mereka yang perlu membina semula rumah,” katanya.

Selain itu, berhubung arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Petra untuk mengemukakan cadangan dalam tempoh dua minggu mengenai penggunaan air hujan bagi memastikan bekalan air negara terjamin ketika kemarau, Fadillah memaklumkan bahawa kertas cadangan tersebut telah dibentangkan kepada kabinet.

Beliau turut memaklumkan bahawa kerajaan telah merancang untuk melaksanakan empat projek takungan dwi fungsi di Kuala Lumpur sebagai langkah pengurusan risiko banjir dan penyimpanan air untuk kegunaan semasa kemarau.

“Jika projek perintis ini berjaya, ia akan diperluaskan ke kawasan lain,” tambahnya.

Oleh Amanda L.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: SARA dikreditkan hari ini, penerima sifatkan ‘rezeki Syawal’
Next: Insiden Putra Heights: Nancy nasihat pemberian sumbangan dilakukan secara terancang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.