Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Insiden kayak: Ahli parlimen Sibu mahu SOP aktiviti berisiko tinggi disemak
  • Tengah
  • WILAYAH

Insiden kayak: Ahli parlimen Sibu mahu SOP aktiviti berisiko tinggi disemak

Utusan Sarawak 5 hours ago
INSIDEN kayak: Ahli parlimen Sibu mahu SOP aktiviti berisiko tinggi disemak. Gambar hiasan. Foto Bernama

SIBU: Ahli Parlimen Sibu, Oscar Ling Chai Yew menzahirkan kebimbangan dan rasa kesal berhubung kemalangan mengorbankan dua guru pelatih Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Perlis, Sabtu lepas.

Beliau berkata, kemalangan tersebut mendedahkan kelemahan dalam pengurusan keselamatan dan menggesa pihak terlibat menyemak semula prosedur operasi standard (SOP) berkaitan.

“Kementerian Pendidikan perlu menyelaras dan memperkukuh SOP aktiviti berisiko tinggi melibatkan semua IPG di seluruh negara, khususnya latihan di air dan luar.

“Pihak berkuasa juga perlu menjalankan siasatan menyeluruh serta memaklumkan hasil siasatan kepada umum selain memberi penjelasan sewajarnya kepada keluarga mangsa,” katanya dalam satu kenyataan.

Selain itu, beliau mencadangkan agar sistem kelulusan lebih ketat diwujudkan, termasuk penilaian profesional bebas sebelum sesuatu aktiviti dijalankan dengan mengambil kira faktor cuaca, persekitaran dan keselamatan peralatan.

“Garis panduan yang jelas perlu ditetapkan bagi menentukan situasi yang tidak membenarkan sesuatu aktiviti diteruskan, dan pihak bertanggungjawab mesti berani membatalkan aktiviti sekiranya syarat keselamatan tidak dipenuhi,” katanya.

Dalam kejadian Sabtu lepas, pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Pendidikan Jasmani, Christopher Ling Jia Siang, 21, dan Joey Ling Lin Siang, 20, ditemukan lemas pada sekitar 7.30 malam semasa melakukan aktiviti berkayak di Pantai Merdeka, Sungai Petani, Kedah.

Difahamkan, mangsa lelaki berasal dari Kuching manakala mangsa wanita dari Sibu dibawa pulang ke Sarawak dengan penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang hari ini. – Bernama

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Lelaki cedera tangan tersepit mesin pembuat roti
Next: Lelaki hilang ditemui meninggal dunia di Kanowit

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.