Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Insiatif MySTEP diteruskan pada 2026
  • NASIONAL

Insiatif MySTEP diteruskan pada 2026

Utusan Sarawak 12 hours ago

Foto Facebook rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan supaya inisiatif Malaysia Short-Term Employment Programme atau MySTEP diteruskan pada tahun depan.

Menerusi akaun Facebook rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), keputusan itu dinyatakan melalui surat edaran bertarikh 24 Disember ditandatangani Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan) Datuk Dr Mohd Bakhari Ismail.

“Inisiatif ini disasarkan kepada graduan atau pencari kerja termasuk Orang Kurang Upaya (OKU) dan warga emas bagi memberi peluang dan pengalaman pekerjaan sektor awam untuk jangka masa pendek,” menurut hantaran itu. 

JPA memaklumkan perolehan perkhidmatan Personel MySTEP hendaklah dilaksanakan berdasarkan peraturan dan tatacara ditetapkan dalam Garis Panduan Perolehan Perkhidmatan Personel MySTEP yang berkuat kuasa 1 Jan 2026.

-BERNAMA

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Peringatan akhir: Hukuman khidmat masyarakat kerana buang sampah akan mula 1 Januari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.