Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Insentif pelajar cemerlang SEB dorong semangat juang generasi muda Belaga
  • PENDIDIKAN

Insentif pelajar cemerlang SEB dorong semangat juang generasi muda Belaga

Utusan Sarawak 9 hours ago
KENNEDY berucap pada majlis Penyampaian Insentif kepada Pelajar Cemerlang SPM dan STPM 2023 SMK Bakun dan SMK Belaga anjuran Sarawak Energy Berhad di Bintulu, semalam. Foto Facebook Pusat Khidmat Masyarakat DUN Murum

BINTULU: Kejayaan pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2023 dari SMK Bakun dan SMK Belaga membuktikan bahawa usaha gigih dan disiplin yang konsisten mampu mengubah kehidupan generasi muda luar bandar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum, Kennedy Chukpai Ugon, berkata pencapaian tersebut harus dijadikan inspirasi kepada pelajar lain agar tidak mudah berputus asa dalam mengejar cita-cita.

“Insentif yang diberikan hari ini bukan sahaja pengiktirafan kepada mereka yang berjaya, malah sebagai dorongan kepada rakan sebaya untuk mencontohi semangat juang dan usaha gigih mereka.

“Hanya pendidikan yang mampu mengubah kehidupan kita,” katanya ketika berucap pada majlis Penyampaian Insentif Pelajar Cemerlang SPM dan STPM 2023 anjuran Sarawak Energy Berhad (SEB) di sebuah hotel di sini, baru-baru ini.

Beliau turut menegaskan bahawa pendidikan merupakan kunci utama dalam meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat pedalaman yang suatu ketika dahulu banyak bergantung kepada sektor pertanian tradisional.

KENNEDY dan tetamu jemputan merakam gambar bersama pelajar cemerlang SPM dan STPM 2023 dari SMK Bakun serta SMK Belaga di Bintulu semalam. Foto Facebook Pusat Khidmat Masyarakat DUN Murum

Menurutnya, kejayaan para pelajar juga tidak akan tercapai tanpa dedikasi guru yang mendidik serta sokongan padu ibu bapa yang menjadi tulang belakang kepada anak-anak mereka.

“Usaha gigih guru dan ibu bapa wajar dihargai kerana kejayaan ini adalah hasil daripada kerjasama semua pihak dalam membimbing generasi muda ke arah masa depan lebih cerah,” ujarnya.

Kennedy berkata, pelajar yang menerima pengiktirafan pada majlis itu harus menjadikan pencapaian mereka sebagai titik permulaan untuk melangkah lebih jauh dalam bidang pendidikan tinggi serta kerjaya pada masa hadapan.

Pada masa sama, beliau menggesa masyarakat setempat agar terus memberi sokongan penuh kepada golongan pelajar kerana mereka adalah pewaris yang akan memimpin dan membangunkan komuniti Belaga pada masa hadapan.

Turut hadir Pengurus Besar Pengurusan Impak Sosial Sarawak Energy, Jiwari Abdullah, Memangku Pengurus Stesen Loji Janakuasa Hidro Elektrik Bakun, Nurfaizal Wahi, Pegawai Pendidikan Daerah Belaga, Thomas Uning dan Temenggong, Ajang Sirek.

Oleh Carolyne Utih

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: 67 perantis SLDN Kampung Budaya Sarawak terima sijil konvokesyen

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.