Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Inkues Zara Qairina: Guru disiplin akui wujud budaya ‘ragging’
  • MAHKAMAH

Inkues Zara Qairina: Guru disiplin akui wujud budaya ‘ragging’

Utusan Sarawak 4 hours ago

KOTA KINABALU: Seorang guru disiplin hari ini mengaku di Mahkamah Koroner di sini bahawa memang wujud budaya ragging dalam kalangan pelajar senior di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha.

Pengakuan itu dibuat oleh saksi ke-56, iaitu setiausaha unit disiplin sekolah Muliati Alihuddin, 42, ketika disoal Koroner Amir Shah Amir Hassan pada prosiding inkues kematian pelajar tingkatan Satu Zara Qairina Mahathir.

Koroner Amir Shah: Secara umum, cikgu, bagaimana tahap disiplin pelajar di sekolah itu sejak kamu menjadi guru disiplin?

Muliati: Selalunya, kes yang dilaporkan berkaitan telefon bimbit kerana ia barang larangan. Kami pernah menjalankan pemeriksaan mengejut di asrama. Selain itu, masalah disiplin lain termasuk pelajar tidak menunaikan solat subuh, penampilan diri seperti memakai tudung pendek, dan tiada lencana.

Koroner Amir Shah: Apakah kes paling serius yang pernah berlaku di sekolah itu?

Muliati: Paling serius ialah kes Zara Qairina. Kami tidak menghadapi kes jenayah sebelum ini.

Koroner Amir Shah: Adakah berlaku kes ragging antara pelajar senior dan junior?

Muliati: Ya. Kes ragging selalunya membabitkan pelajar lelaki. Kami tidak pernah menerima laporan daripada pelajar perempuan mengenai ragging. Ia biasanya melibatkan tugasan ringan seperti mengambilkan air atau menggosok baju.

Koroner Amir Shah: Tadi, cikgu menyebutkan banyak program untuk mendisiplinkan pelajar. Adakah hukuman rotan masih dilaksanakan?

Muliati: Sebelum ini ada, tetapi sekarang tiada lagi. Hanya Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PKHEM) yang dibenarkan merotan.

Koroner Amir Shah: Secara umum, patutkah hukuman rotan dilaksanakan?

Muliati: Saya rasa patut. Biar ada penurunan kuasa, biar kita cuba merotan … cara lembut tidak berkesan … dulu tak menjadi kes.

Zara Qairina disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth di sini pada 17 Julai selepas ditemukan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya pada 4.00 pagi 16 Julai.

Prosiding inkues bersambung esok.- Bernama

Continue Reading

Previous: Shamsul Iskandar, Albert Tei didakwa esok atas pertuduhan rasuah – Azam Baki

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.