Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Inkues Zara Qairina: Arahan AG diperlukan untuk benar liputan media
  • MAHKAMAH

Inkues Zara Qairina: Arahan AG diperlukan untuk benar liputan media

Utusan Sarawak 1 week ago
GAMBAR hiasan.. Seorang pegawai pengendali dalam inkues kematian Zara Qairina Mahathir hari ini memberitahu Mahkamah Koroner bahawa arahan akan diminta daripada Peguam Negara Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar berkaitan liputan media kes berkenaan kerana saksi kanak-kanak telah mula memberi keterangan.

KOTA KINABALU: Seorang pegawai pengendali dalam inkues kematian Zara Qairina Mahathir hari ini memberitahu Mahkamah Koroner bahawa arahan akan diminta daripada Peguam Negara Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar berkaitan liputan media kes berkenaan kerana saksi kanak-kanak telah mula memberi keterangan.

Pengarah Pendakwaan Sabah Nahra Dollah memaklumkan demikian apabila Koroner Amir Shah Amir Hassan bertanyakan sama ada media boleh dibenarkan untuk membuat liputan prosiding memandangkan kes berkenaan berprofil tinggi.

Oleh kerana tiada bantahan daripada pihak terlibat, Nahra berkata beliau akan mendapatkan arahan daripada Peguam Negara.

Sejak Isnin, petugas media telah dihalang daripada memasuki ruang mahkamah semasa keterangan secara tertutup bagi melindungi identiti saksi kanak-kanak. Setakat ini, dua saksi pelajar telah memberi keterangan.

Berdasarkan Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2017, secara jelas melarang penerbitan sebarang maklumat yang boleh mendedahkan identiti kanak-kanak.

Sebanyak 33 lagi saksi kanak-kanak dijangka memberi keterangan dalam inkues berkenaan pada sesi akan datang.

Setakat ini, lapan saksi dewasa telah memberikan keterangan dalam prosiding itu, dengan 25 saksi dewasa dijangka memberi keterangan pada sesi akan datang.

Zara Qairina, 13, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu pada 17 Julai lepas setelah ditemukan tidak sedarkan diri di longkang berhampiran asrama sekolahnya di Papar pada 4 pagi, 16 Julai.

Pada 13 Ogos, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan agar inkues dijalankan selepas meneliti laporan siasatan pihak polis.

Sebelum itu pada 8 Ogos, AGC mengeluarkan perintah agar kubur Zara Qairina digali semula bagi membolehkan bedah siasat dilakukan.

-BERNAMA

Tags: mahkamah

Continue Reading

Previous: Inkues Zara Qairina: Saksi kanak-kanak kedua selesai beri keterangan
Next: Petronas tidak langgar perjanjian, Mahkamah Tinggi khilaf beri injunksi – hakim

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.