Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Inkubator SAGO lengkapi usahawan makanan
  • TEMPATAN

Inkubator SAGO lengkapi usahawan makanan

Utusan Sarawak 3 years ago

LIONEL Ho dan Arif Abdul Rahman bekerjasama dalam membangunkan ‘Inkubator Gastronomi Sarawak’ (Inkubator SAGO), program inkubasi usahawan makanan pertama di Sarawak.

KUCHING: The Hills Kuching, WAT Sarawak dan Retrospective Discovery LLP bekerjasama dalam membangunkan ‘Inkubator Gastronomi Sarawak’ (Inkubator SAGO), program inkubasi usahawan makanan pertama di Sarawak dan inovasi teknologi baharu seperti platform penghantaran makanan dan e-dagang.

“Perniagaan makanan memainkan peranan penting dalam ekonomi dan budaya bandar kita. Sekatan wabak mendorong  usahawan mengubah cara mereka menjalankan perniagaan,”  kata Ketua Pegawai Operasi The Hills, Lionel Ho.

Majlis pelancaran  Inkubator SAGO telah diadakan di The Grounds Premium Coworking Space di The Hills, semalam.

Inkubator SAGO ialah program 11 minggu untuk melengkapkan usahawan makanan dengan kemahiran inovasi makanan, kepintaran perniagaan dan kemahiran pembangunan pasaran untuk mengembangkan perniagaan makanan mereka dan berjaya dalam ekonomi digital. 

Program ini direka khusus untuk melahirkan generasi baharu usahawan makanan yang inventif, kreatif dan mempunyai kepintaran perniagaan untuk meletakkan gastronomi Sarawak di peta di pasaran antarabangsa.

Usahawan makanan yang dipilih untuk program ini akan mempunyai akses kepada dapur komersil, bengkel, kelas induk, klinik dan bimbingan daripada usahawan makanan yang berpengalaman dan berjaya, pakar industri, dan pemain ekosistem utama.

Beberapa mentor  termasuk Chef Achang Libat,  Datin Dona Drury-Wee dari Cultural Heritage and Arts Society Sarawak, Cliff Chong dari Big Coconut Western, Amin Azninzan dari Kedey Kamek, Jasbir Kaur dari Masterchef Asia, Lee Swee Lin dari PichaEats, Alan Soo dari Alfresco Kuching dan Marichelle Livan Lah dari Restoran Lepau.

 “Sebagai salah satu tambahan terbaharu kepada bandar raya Gastronomi Kreatif Unesco, F&B Sarawak berpotensi untuk menjadi penyumbang utama kepada ekonomi tempatan kita dan menyediakan lebih banyak peluang kepada usahawan makanan tempatan kita,” kata Rakan Urusan Retrospective Discovery LLC, Arif Abdul Rahman.

“Dengan negeri ini menerima pakai ekonomi digital dengan pantas, kita juga perlu memastikan industri seperti perkhidmatan F&B dapat bersaing dalam ekonomi digital dan membuka lebih banyak peluang untuk rakyat Sarawak,” tambah Arif.

Program Inkubator SAGO ini akan berlangsung dari akhir Mei hingga awal Ogos.

Permohonan masih dibuka dan akan ditutup pada  pada 16 Mei 2022. Hanya 10 usahawan makanan yang dicari.

Continue Reading

Previous: Sarawak teroka bahan api penerbangan
Next: Premier Sarawak tinjau teknologi hidrogen di Rotterdam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.