Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • ‘Inklusiviti dan Kelestarian’ cerminkan aspirasi ASEAN
  • SEMASA

‘Inklusiviti dan Kelestarian’ cerminkan aspirasi ASEAN

Utusan Sarawak 3 weeks ago
TUNJUK BAKAT… Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama Dato Sri Tiong King Sing dan Dr Kao Kim Hourn menunjuk bakat bermain sape pada majlis perasmian Mesyuarat Ke-33 Majlis Komuniti Sosio Budaya ASEAN (ASCC) di Hotel Sheraton Kuching. Foto UKAS

KUCHING: Malaysia menjadi tuan rumah kepada Mesyuarat Ke-33 Majlis Komuniti Sosio Budaya ASEAN (ASCC) di Hotel Sheraton Kuching, hari ini, dengan kehadiran para menteri dan delegasi dari seluruh rantau.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato Sri Tiong King Sing, yang merasmikan mesyuarat tersebut, berkata pemilihan tema ‘Inklusiviti dan Kelestarian’ mencerminkan aspirasi ASEAN untuk mencapai kemajuan bersama tanpa meninggalkan sesiapa di belakang.

Menurut beliau, pelancongan berasaskan seni dan budaya kini semakin diiktiraf sebagai pemangkin kepada pembangunan mampan dan pertumbuhan inklusif, khususnya dalam memperkasakan komuniti tempatan serta memelihara warisan budaya.

“Kita perlu memperkukuh kerjasama rentas sempadan dalam pelancongan berasaskan seni dan budaya serta memperkenalkan pengalaman pelancongan yang lebih autentik kepada pelawat,” katanya.

Tiong turut berkata mesyuarat itu memberi ruang kepada negara ASEAN untuk menilai kemajuan inisiatif sosiobudaya serantau dan memperkukuh lagi kerjasama dalam menghadapi cabaran global seperti krisis kesihatan, perubahan iklim dan ketidakseimbangan sosial ekonomi.

Mesyuarat ASCC merupakan salah satu daripada tiga tonggak utama ASEAN, memberi tumpuan kepada aspek pembangunan insan, kebajikan sosial dan pemeliharaan warisan budaya dalam membentuk komuniti ASEAN yang inklusif dan berdaya tahan.

Turut hadir, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah; Setiausaha Agung ASEAN, Dr Kao Kim Hourn; Timbalan-Timbalan Menteri Sarawak, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi), Datu Hii Chang Kee serta tetamu kenamaan yang lain.
Oleh Amanda L.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Abang Johari tekan kepentingan alam sekitar dalam pembangunan Sarawak
Next: Isu Jalur Gemilang: KPM jalankan siasatan terperinci

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.