Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Inisiatif UNIFOR bukti komitmen kerajaan Sarawak perkukuh keharmonian antara agama
  • TEMPATAN

Inisiatif UNIFOR bukti komitmen kerajaan Sarawak perkukuh keharmonian antara agama

Utusan Sarawak 8 hours ago
ADUN Kalaka Mohamad Duri menyerahkan cek sumbangan UNIFOR kepada dua persatuan di Saratok dalam satu majlis ringkas di Pusat Khidmat ADUN Kalaka semalam. Foto ADUN Kalaka

SARATOK: Inisiatif kerajaan Sarawak di bawah kepimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg wajar dipuji atas penubuhan Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) yang berperanan menjaga kebajikan penganut agama-agama lain serta memperkukuhkan keharmonian antara agama di negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, penubuhan UNIFOR merupakan langkah bijak dan berjiwa rakyat yang mencerminkan keprihatinan kerajaan negeri terhadap semua lapisan masyarakat tanpa mengira agama atau latar belakang.

Beliau berkata demikian semasa menyerahkan cek sumbangan UNIFOR kepada dua persatuan di Saratok dalam satu majlis ringkas di Pusat Khidmat ADUN Kalaka, dekat sini semalam.

ADUN Kalaka Mohamad Duri menyerahkan cek sumbangan UNIFOR kepada dua persatuan di Saratok dalam satu majlis ringkas di Pusat Khidmat ADUN Kalaka semalam. Foto ADUN Kalaka

Pada majlis itu, Persatuan Agama Buddha Saratok menerima cek berjumlah RM350,000, manakala Pertubuhan Amal dan Pendidikan Akhlak Ji Yuan Shan She Saratok menerima cek sebanyak RM24,700 yang disampaikan kepada Pengerusi Pertubuhan, Pemanca Lim Guan Ann.

Menurut Mohamad Duri, sumbangan kewangan itu adalah manifestasi komitmen kerajaan Sarawak dalam mendaulatkan keharmonian serta menyokong pembangunan rumah ibadat agama-agama lain di seluruh negeri.

“Inisiatif ini membuktikan kerajaan negeri di bawah kepimpinan Premier Sarawak sentiasa menitikberatkan kesejahteraan semua masyarakat. 

“Saya berharap dana yang diterima dapat digunakan dengan sebaiknya serta laporan pembelanjaan dikemukakan kepada pihak UNIFOR,” katanya.

ADUN Kalaka Mohamad Duri menyerahkan cek sumbangan UNIFOR kepada dua persatuan di Saratok dalam satu majlis ringkas di Pusat Khidmat ADUN Kalaka semalam. Foto ADUN Kalaka

Sejak penubuhannya, UNIFOR telah menjadi jambatan penting dalam memastikan keperluan masyarakat berbilang agama, termasuk di kawasan luar bandar mendapat perhatian dan pembelaan yang adil serta saksama.

Beliau turut menegaskan bahawa usaha berterusan kerajaan negeri dalam memperkukuh keharmonian dan perpaduan ini perlu dijadikan contoh kepada negeri-negeri lain di Malaysia.

Oleh Adi Safarman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Laluan baharu Batik Air Kuching–Kota Kinabalu bermula 15 Disember 2025
Next: Tindakan tegas menanti pemandu gagal pakai tali pinggang keledar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.