Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Inisiatif TVET Gen-16 fokus bangunkan kemahiran belia luar bandar
  • TEMPATAN

Inisiatif TVET Gen-16 fokus bangunkan kemahiran belia luar bandar

Utusan Sarawak 4 weeks ago
KENANGAN… Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bergambar kenang-kenangan bersama belia Gen-16 pada Program Pekebun Kecil Makmur dan sambutan Pra-Gawai RISDA Negeri Sarawak 2025 di Rumah Guang Latip, Kampung Raeh Baru, di sini, hari ini. Foto: Norman B.

SERIAN: Pemuda Gen-16 merancang untuk melaksanakan satu inisiatif pembangunan belia menerusi Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang menyasarkan golongan muda, khususnya di kawasan luar bandar. 

Presiden Gen-16, Mohamad Azri Johari berkata, pihaknya telah mengemukakan permohonan rasmi kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah bagi mendapatkan sokongan serta bantuan dana untuk menjayakan program tersebut.

“Program ini dirancang sejajar dengan dasar kerajaan dalam memperkasa modal insan dan meningkatkan kebolehpasaran belia desa.

“Kami percaya ia mampu membuka peluang kerjaya serta menjana pendapatan kepada lebih 100 orang belia yang terlibat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Antara kursus berimpak tinggi yang bakal ditawarkan termasuk teknologi dron profesional yang melibatkan latihan seperti pemetaan udara dan pengukuran serta pensijilan Remote Pilot (RCoC-B), penyaman udara dan teknologi penyejukan meliputi latihan HVAC (pemanasan, pengudaraan dan penyaman udara) dan praktikal komersial (CSPT), kursus teknikal termasuk kimpalan asas dan banyak lagi.

Program ini dijangka dilaksanakan melalui kerjasama strategik bersama institusi TVET yang diiktiraf.

Mohamad Azri turut memohon agar Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dapat memberikan sumbangan dana, sokongan moral dan membuka akses kerjasama dengan agensi-agensi berkaitan bagi memastikan kejayaan program berkenaan.

“Kami yakin dengan sokongan daripada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, inisiatif ini akan menjadi pemangkin pembangunan sosioekonomi belia desa, seiring aspirasi Malaysia MADANI,” tambah beliau.

Oleh Norman B.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: 14 Projek perumahan sakit di Sarawak, beberapa bakal diisytihar terbengkalai
Next: Gawai Antu lambang penghormatan kepada leluhur

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.