Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Inisiatif tingkat industri pelancongan
  • TEMPATAN

Inisiatif tingkat industri pelancongan

Utusan Sarawak 5 years ago
RASMI… Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah memberikan ucapan perasmian sewaktu Pelancaran Kursus e-Pelancongan.

KUCHING: Pelancaran pakej pelancongan potongan harga Sia Sitok Sarawak merupakan inisiatif baharu kerajaan dalam usaha membantu industri pelancongan di Sarawak yang menurun sejak penularan wabak Covid-19.

Kempen Sia Sitok tersebut diadakan dengan matlamat untuk menarik minat masyarakat tempatan untuk menjadikan tanah air sendiri sebagai destinasi percutian dan untuk menjadi tiang sokongan yang mendorong industri pelancongan tempatan serta mengekalkan ekosistem pelancongan.

Menurut Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Haji Karim Rahman Hamzah, kempen tersebut telah menghasilkan sekitar RM700,000 dalam jumlah jualan dan masih terus meningkat seiring dengan peningkatan kempen hingga akhir tahun ini.

“Ini merupakan saat yang tepat untuk meningkatkan kapasiti industri pelancongan dan juga industri perniagaan di saat kita berhadapan dengan situasi penurunan dalam bidang pelancongan.

“Latihan yang berterusan juga perlu diambil oleh pekerja dalam industri pelancongan misalnya pemandu teksi, pemandu e-hailing, pekerja hotel dan restoran bagi meningkatkan tahap kemahiran, pengetahuan dan juga sikap mereka,” ujarnya sewaktu Pelancaran Kursus E-Pelancongan di sebuah hotel terkemuka di sini semalam.

Tambahnya, kursus E-Pelancongan tersebut merupakan inisiatif baharu yang menyahut visi Kerajaan Sarawak untuk memajukan negara menerusi ekonomi digital.

“Selain menjadi duta negara dengan berkongsi pengetahuan yang telah mereka pelajari melalui modul dalam talian, mereka juga dapat menggunakannya sebagai pengetahuan asas untuk melibatkan diri dalam perniagaan pelancongan dan acara perniagaan tempatan,” katanya.

Menurut Karim, bagi menjadikan Sarawak sebagai negeri maju menjelang 2030, Majlis Tindakan Ekonomi Sarwak (SEAC) ditubuhkan.

“Industri pelancongan merupakan sektor ekonomi penting di bawah SEAC dan aspirasi, hasil, usaha dan inisiatif telah dikenalpasti untuknya. Oleh itu, Pelan Induk Pelancongan Sarawak Ketiga akan dipimpin oleh Aspirasi Pelancongan Sarawak dan Sarawak akan menjadi destinasi utama eko-pelancongan dan perniagaan menjelang 2030,” ulas Karim.

Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan menyarankan masyarakat setempat untuk melibatkan diri dalam industri pelancongan misalnya menyediakan homestay, makanan tradisional, kraftangan dan cendermata bagi meraih keuntungan dan membantu mereka dari segi ekonomi.

Oleh RYNNA SHA’ERRA

Continue Reading

Previous: DUN bersidang 9-13 November
Next: S’wak buka ‘jendela baharu’ pelancongan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.