Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Inisiatif SKAS bantu rakyat hadapi kos sara hidup
  • TEMPATAN

Inisiatif SKAS bantu rakyat hadapi kos sara hidup

Utusan Sarawak 9 hours ago
PELANCARAN… ADUN Daro, Dr Safiee Ahmad melancarkan Majlis Pelancaran SKAS 2026 Peringkat DUN Daro, hari ini.

DARO: Inisiatif Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) 2026 yang dilaksanakan oleh kerajaan Sarawak terus membuktikan komitmen kerajaan dalam membantu meringankan beban rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Dr Safiee Ahmad berkata, bantuan tersebut merupakan salah satu usaha kerajaan Sarawak bagi memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara, terutama dalam menghadapi peningkatan kos sara hidup masa kini.

“Bantuan SKAS disalurkan dalam bentuk baucar digital melalui aplikasi S Pay Global, boleh digunakan oleh penerima bagi membeli barangan keperluan asas di premis atau pasar raya yang menerima pembayaran melalui aplikasi berkenaan. 

“Kerajaan Sarawak sentiasa prihatin terhadap kebajikan rakyat. Melalui inisiatif SKAS ini, kita berharap ia dapat membantu meringankan perbelanjaan harian keluarga, khususnya golongan yang memerlukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) 2026 Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Daro, hari ini.

UNTUK RAKYAT… ADUN Daro, Dr Safiee Ahmad merakam kenangan bersama para tetamu dan penerima SKAS 2026 Peringkat DUN Daro, hari ini.

Dr Safiee memberitahu, bagi 2026, jumlah bantuan SKAS telah ditingkatkan berbanding tahun sebelumnya dengan penerima kategori isi rumah menerima RM950, warga emas RM500, manakala bujang menerima RM300.

Katanya, penyaluran bantuan tersebut dilaksanakan secara berperingkat bermula 10 Mac 2026 melalui dompet digital S Pay Global kepada penerima yang layak.

“Kerajaan berharap bantuan ini dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh rakyat untuk mendapatkan barangan keperluan asas bagi keperluan keluarga,” ujarnya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak termasuk agensi kerajaan, pihak swasta serta komuniti setempat yang bekerjasama memastikan pelaksanaan program tersebut berjalan lancar.

“Kerjasama semua pihak amat penting bagi memastikan setiap inisiatif kerajaan dapat disampaikan secara berkesan kepada rakyat yang memerlukan,” kata beliau.

Oleh Akun Giman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: PETRA komited perkukuh mitigasi banjir di Sarawak, 15 projek tebatan bernilai RM3.39 bilion
Next: PM Anwar tinjau Bazar Ramadan Sukma Ria, sempat beramah mesra dengan peniaga

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.