Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Inisiatif Pendidikan Digital: SK Bandar Bintangor terima enam televisyen pintar baharu
  • PENDIDIKAN

Inisiatif Pendidikan Digital: SK Bandar Bintangor terima enam televisyen pintar baharu

Utusan Sarawak 17 hours ago
TERIMA KASIH… ADUN Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing menyerahkan sumbangan kepada SK Bandar Bintangor. Foto Pusat Khidmat Meradong 

BINTANGOR: Usaha memperkukuh pendidikan digital di Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Bintangor menerima suntikan baharu apabila sekolah itu menerima sumbangan enam unit  televisyen pintar bersaiz 55 inci bagi menyokong pengajaran dan pembelajaran berasaskan teknologi.

Sumbangan tersebut disumbangkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing semalam sebagai komitmen berterusan beliau dalam memperkasa ekosistem pendidikan digital.

Menurut jurucakap SK Bandar Bintangor, pihaknya sedang melaksanakan inisiatif pendidikan digital selaras dengan dasar pendidikan digital Kementerian Pendidikan 2023, khususnya Teras 4 iaitu pengupayaan infrastruktur dan infostruktur serta Teras 5 iaitu melibatkan kandungan digital berkualiti.

“Pelaksanaan dasar tersebut bertujuan mengukuhkan kesiapsiagaan sekolah dalam menyediakan akses kemudahan digital yang kondusif, sekali gus memperkasa murid dan guru dalam pedagogi berasaskan teknologi.

“Dengan adanya kemudahan televisyen pintar ini, guru-guru berpeluang memanfaatkan bahan digital interaktif, aplikasi pendidikan, video pembelajaran serta platform pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) maya bagi meningkatkan keberkesanan penyampaian ilmu dalam bilik darjah. 

“Kemudahan tersebut juga akan menyokong pendekatan pembelajaran abad ke-21 yang menekankan kreativiti, kolaborasi, pemikiran kritis dan komunikasi serta memupuk murid fasih digital sesuai dengan hasrat Kementerian Pendidikan (KPM),” katanya.

Katanya, langkah ini dapat memperluas penggunaan pembelajaran berbantukan teknologi seperti kuiz digital, simulasi multimedia, paparan visual masa nyata serta aktiviti pembelajaran berintegrasikan internet, sekali gus menjadikan proses pembelajaran lebih menarik, interaktif dan berpusatkan murid.

“Pihak kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Datuk Ding Kuong Hiing atas keprihatinan serta sokongan berterusan beliau terhadap keperluan pendidikan di kawasan Meradong.

“Sumbangan ini bukan sahaja memenuhi keperluan sekolah dalam fasa transisi digital, tetapi turut menjadi pemangkin kepada usaha memperkukuh budaya digital dalam kalangan warga sekolah,” katanya.

Oleh Earl Anek

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: 90 murid Miri, Subis terima Baucar Sejahtera MADANI
Next: Usaha tingkat keberkesanan PdPc, SMK Bandar Bintangor terima 12 projektor LCD

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.