Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Inisiatif MySRBN XL, lebih 8,000 rumah di Sarawak disambung internet
  • TEMPATAN

Inisiatif MySRBN XL, lebih 8,000 rumah di Sarawak disambung internet

Utusan Sarawak 3 hours ago
UCAPAN… Datuk Sudarnoto Osman berucap pada majlis bersama media di Kuching, semalam.

KUCHING: Lebih 8,000 rumah di Sarawak telah disambungkan dengan jalur lebar gentian optik di bawah inisiatif Rangkaian Jalur Lebar Luar Bandar Sarawak (MySRBN) XL, yang bertujuan memperluas akses Internet berkelajuan tinggi mampu milik, terutamanya di kawasan luar bandar dan pinggir bandar.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) Datuk Sudarnoto Osman berkata perkhidmatan itu merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan negeri untuk merapatkan jurang digital, di samping melengkapi sambungan yang disediakan oleh pengendali telekomunikasi.

“MySRBN XL masih menggunakan model prabayar, yang merupakan model jalur lebar tetap prabayar pertama di Malaysia. Idea ini adalah untuk memastikan ia mampu milik, khususnya bagi penduduk luar bandar di Sarawak,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Malam Apresiasi Media SDEC di sini malam tadi.

Diperkenalkan pada Oktober tahun lepas, MySRBN XL menawarkan Internet berkelajuan tinggi hingga 100 megabit per saat (Mbps) menerusi pelan prabayar fleksibel yang tidak memerlukan kontrak jangka panjang.

Sudarnoto berkata pengenalan jalur lebar gentian optik di bawah inisiatif itu membolehkan pengguna menikmati kelajuan Internet yang lebih pantas berbanding sambungan tanpa wayar yang sebelum ini tersedia di beberapa kawasan.

“Dengan tanpa wayar kelajuannya sekitar 30 Mbps, tetapi menggunakan gentian optik kita boleh mencapai hingga 100 Mbps. Kita juga sedang meneliti untuk memperkenalkan kelajuan hingga 300 Mbps bergantung kepada permintaan di kawasan yang disediakan,” katanya.

Beliau berkata inisiatif itu menyasarkan terutamanya komuniti pinggir bandar dan luar bandar bagi memastikan lebih ramai penduduk dapat mengakses perkhidmatan digital serta mengambil bahagian dalam ekonomi digital.

Sementara itu, Sudarnoto berkata edisi kelapan Persidangan Ekonomi Digital Antarabangsa Sarawak 2026 (IDECS 2026) akan diadakan pada 5 dan 6 Oktober depan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

Menampilkan tema “Memperluas Ekosistem Inovasi untuk Ekonomi Tanpa Sempadan: Bumi, Orbit dan Seterusnya,” persidangan itu dijangka menarik lebih 20,000 peserta dari lebih 30 negara, dengan lebih 100 penceramah serta pameran.

“Ini merupakan edisi kelapan IDECS… antara topik yang diketengahkan ialah kecerdasan buatan (AI) berasaskan agen (agentic AI) dan beberapa bidang baharu yang cuba diperkenalkan berkaitan angkasa lepas serta semikonduktor,” katanya.- Bernama

Continue Reading

Previous: Pasar Tani Semula Jadi Kuching kongsi ruang komuniti sihat dan interaktif
Next: ACCCIS puji inisiatif kerajaan negeri ringankan beban rakyat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.