Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Inisiatif KGC diperluaskan demi kesejahteraan warga emas  
  • SEMASA

Inisiatif KGC diperluaskan demi kesejahteraan warga emas  

Utusan Sarawak 4 months ago
DATO Sri Fatimah menunjukkan Kenyalang Gold Card semasa sesi temu bual bersama wartawan disaksikan oleh rakan strategik baharu KGC, pemilik kedai serbaneka, Jennifer Lim.
 

KUCHING: Pelbagai perkhidmatan seperti spa, pusat urut, restoran, dan hotel adalah termasuk dalam inisiatif Kenyalang Gold Card (KGC).

Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK), Dato Sri Fatimah Abdullah, KGC adalah simbol sokongan kerajaan negeri terhadap kesejahteraan warga emas.

“Kad ini bukan sahaja untuk keperluan kesihatan seperti rawatan di hospital atau farmasi, tetapi juga boleh digunakan untuk menikmati perkhidmatan seperti spa, urut, restoran, hotel, peruncitan, dan kedai keranda.

“Ia memberi pilihan kepada warga emas untuk menikmati pelbagai kemudahan dengan lebih mudah dengan kos yang berpatutan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan dokumen kerjasama kepada rakan strategik baharu, Jennifer Lim di Lapangan Terbang Antabangsa Kuching (LTAK) di sini, hari ini. 

Dalam pada itu, Fatimah turut menekankan bahawa KGC terbuka kepada semua rakyat Sarawak berusia 60 tahun dan ke atas tanpa mengira bangsa, agama, atau latar belakang ekonomi. 

Katanya lagi, kad ini diberikan secara percuma dan boleh dimohon dengan mudah.

Selain pelbagai kemudahan, jelasnya, pemegang KGC juga layak menerima bantuan ihsan kematian sebanyak RM1,800, yang boleh dipohon oleh waris mereka.

“KGC adalah inisiatif komprehensif untuk memastikan warga emas dapat menjalani kehidupan dengan lebih berkualiti dan selesa,” katanya.

Setakat 31 Disember tahun lepas, seramai 357,867 warga emas di Sarawak telah mendaftar untuk KGC.

Sehingga kini, terdapat 1,035 syarikat swasta yang menjadi rakan strategik di seluruh negeri termasuk 300 vendor di Kuching.

Penerima Anugerah Usahawan Wanita Sarawak 2024, Jennifer Lim, pada masa sama berkata, ini merupakan peluang untuk menyumbang kepada kesejahteraan warga emas, sekali gus mengenang asal-usul keluarganya di Dalat, dan  berbesar hati menjadi sebahagian daripada usaha ini.

Oleh Amanda L.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Wartawan perlu sentiasa buat kajian, penyelidikan – Kadir Dikoh
Next: 1,035 syarikat swasta di Sarawak berdaftar sebagai rakan strategik KGC

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.