Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Inisiatif JKKK Bukit Igu menerusi Jualan Rahmah terima sokongan komuniti
  • Tengah
  • WILAYAH

Inisiatif JKKK Bukit Igu menerusi Jualan Rahmah terima sokongan komuniti

Utusan Sarawak 8 hours ago
 UNTUK RAKYAT…Lau (empat kiri) dan Tang (tiga kanan) bersama-sama menyerahkan barangan Jualan Rahmah kepada penduduk kampung di Sibu, Ahad lalu.

SIBU: Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Bukit Igu buat julung kalinya menganjurkan program Jualan Rahmah yang bertujuan membantu rakyat Ahad lalu.

Dalam program ini sebanyak 150 set pakej barangan keperluan telah dijual pada harga rendah kepada penduduk kampung, dan habis terjual dalam masa singkat kerana sambutan amat menggalakkan.

Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Bawang Assan Kaunselor Kevin Lau telah dijemput hadir untuk merasmikan program tersebut.

Beliau menyatakan bahawa Kapitan Tang Chuo Ging bersama JKKK yang diketuainya telah mengambil inisiatif menganjurkan program ini dengan tujuan untuk meringankan beban kos sara hidup penduduk serta memberi manfaat kepada keluarga setempat.

MANFAAT RAKYAT…Lau (kiri) mengagihkan barangan Jualan Rahmah kepada penduduk kampung di Sibu, Ahad lalu.

“Bagi kami, yang paling penting ialah rakyat dapat menerima manfaat secara langsung.

“Walaupun bantuan seperti ini berskala kecil, namun ia tetap mampu memperbaiki kehidupan keluarga yang menerima bantuan ini,” ujarnya.

Beliau juga berharap agar pada masa akan datang, beliau dapat bekerjasama dengan pemimpin komuniti dan JKKK di Bawang Assan untuk meluaskan program Jualan Rahmah ini kepada lebih banyak kawasan supaya lebih ramai rakyat mendapat manfaat.

Difahamkan bahawa set pakej barangan keperluan yang dijual itu mengandungi telur, minyak masak, biskut, beras putih, gula putih dan tepung iaitu barangan asas harian.

Pihak penganjur berharap program ini dapat memupuk semangat menyumbang kepada masyarakat serta menarik lebih banyak penyertaan daripada para peniaga dan individu prihatin untuk bersama-sama menjayakan inisiatif amal yang bermakna ini.

Oleh Tarani Lanting

Continue Reading

Previous: Perpaduan dan kepedulian rakyat ditekankan sempena Hari Malaysia
Next: The Stage 7.0 tonjol bakat muda tempatan, kukuhkan Sibu sebagai hab kebudayaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.