Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Inisiatif hantar pelajar Sarawak lanjut pengajian di Sandhurst langkah tepat, berwawasan – Nanta
  • PENDIDIKAN

Inisiatif hantar pelajar Sarawak lanjut pengajian di Sandhurst langkah tepat, berwawasan – Nanta

Utusan Sarawak 19 hours ago

SIBU:  Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi yang juga Ahli Parlimen Kapit menyokong penuh rancangan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menghantar pelajar negeri itu melanjutkan pelajaran di Akademi Tentera Diraja Sandhurst (RMAS), United Kingdom. 

Beliau yang menyifatkan langkah itu sebagai tepat pada masa dan berwawasan berkata, langkah itu juga menawarkan peluang baharu kepada rakyat Sarawak, terutama dalam pengajian ketenteraan selain membantu membentuk belia menjadi pemimpin masa depan yang diterap dengan nilai disiplin, integriti dan akauntabiliti. 

“Pelajar di Sandhurst bukan sahaja mempelajari teori dan strategi ketenteraan, mereka dibentuk untuk menjadi pemimpin dengan penuh rasa tanggungjawab, disiplin dan kompas moral yang kuat,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Beliau menambah latihan seperti itu akan memperkasakan belia Sarawak dan menyumbang ke arah pembinaan negeri yang progresif dan maju, dengan tadbir urus berasaskan keadilan, merit, keterangkuman dan nilai etika. 

“Sekali lagi, Premier Sarawak memperkenalkan idea bernas yang dapat meletakkan asas kukuh kepada masa depan tadbir urus tanpa mengira warna kulit, kepercayaan, bangsa atau agama,” katanya. 

Merujuk kepada kenyataan Abang Johari tentang keperluan meningkatkan keselamatan dalam negeri, Nanta mencadangkan untuk menubuhkan semula Sarawak Rangers sebagai kor keselamatan peringkat negeri. 

Beliau berkata penubuhan semula pasukan bersejarah itu tidak seharusnya disalah erti sebagai cubaan menyaingi Angkatan Tentera Malaysia, sebaliknya sebagai usaha pelengkap bagi meningkatkan keselamatan negara, dengan fokus memelihara kestabilan dalaman Sarawak. 

“Sarawak Rangers, jika dihidupkan semula boleh berkhidmat sebagai unit keselamatan dalaman khusus untuk menyokong agensi Persekutuan sedia ada dan memastikan keperluan keselamatan unik negeri ditangani secukupnya,” katanya. 

Nanta berkata penting untuk Sarawak terus menerokai langkah ke hadapan memperkukuh kapasiti kepimpinan dan meningkatkan keselamatan, selari dengan matlamat pembangunan negeri. 

Media sebelum ini melaporkan Abang Johari berkata kerajaan Sarawak sedia menawarkan biasiswa kepada belia negeri berminat dalam kerjaya bidang keselamatan untuk melanjutkan pelajaran ke RMAS, dalam usaha membangunkan bakat golongan muda untuk memenuhi keperluan keselamatan

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Sarawak Command Net (SCNet) sempena Ulang Tahun Kelapan Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS) malam tadi.– Bernama

Continue Reading

Previous: Latihan TVET automotif buka peluang kerjaya, ubah nasib B40
Next: PTPTN peruntuk RM47.8 juta wang pendahuluan bagi sesi Julai 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.