Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEKNOLOGI
  • Inisiatif e-Majalah rumah panjang selari agenda pendigitalan
  • TEKNOLOGI

Inisiatif e-Majalah rumah panjang selari agenda pendigitalan

Utusan Sarawak 6 hours ago
ADUN Krian, Friday Belik menyempurnakan Majlis Pelancaran e-Majalah Suara Gerenis Biro Wanita Rumah Entinggie Krangan, semalam. Foto Pusat Khidmat ADUN Krian

SARATOK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian, Friday Belik menyifatkan penerbitan e-Majalah Suara Gerenis oleh Biro Wanita Rumah Entinggie Krangan sebagai satu inisiatif berimpak tinggi yang selari dengan agenda pendigitalan kerajaan Sarawak.

Beliau berkata, e-Majalah yang dibangunkan dalam bentuk digital itu memuatkan pelbagai maklumat serta aktiviti rumah panjang berkenaan sepanjang 2024, sekali gus menjadi medium dokumentasi komuniti yang moden dan berkesan.

“Usaha ini amat baik dan telah menyahut gesaan kerajaan Sarawak untuk memodenkan sektor luar bandar ke arah pendigitalan. Syabas dan tahniah kepada warga Krangan atas komitmen dan kesungguhan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan Majlis Pelancaran e-Majalah Suara Gerenis Biro Wanita Rumah Entinggie Krangan, di sini, semalam.

ADUN Krian, Friday Belik menyempurnakan Majlis Pelancaran e-Majalah Suara Gerenis Biro Wanita Rumah Entinggie Krangan, semalam. Foto Pusat Khidmat ADUN Krian

Friday turut menggesa masyarakat luar bandar agar menyesuaikan diri dengan pembangunan teknologi digital yang diperkenalkan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, selaras dengan keperluan semasa dan masa hadapan.

Menurutnya, pembelajaran serta penguasaan teknologi digital adalah penting bagi memperkasakan rakyat agar lebih celik teknologi dan tidak ketinggalan dalam arus perubahan dunia yang kini menjurus kepada pelaksanaan sistem digital.

Beliau menambah, komitmen berterusan kepimpinan kerajaan Sarawak dalam memajukan ekonomi negeri jelas terbukti melalui pelaksanaan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030).

“Strategi ini dirangka bagi merangsang pertumbuhan ekonomi Sarawak agar terus mampan, dengan visi utama menjadikan Sarawak sebagai wilayah maju berpendapatan tinggi menjelang 2030,” katanya.

Oleh Adi Safarman

Tags: Teknologi

Continue Reading

Previous: Eksklusif: Dari eksplorasi ke templat: Ke mana perginya niat kreatif AI?

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.