Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Inisiatif Budi Madani RON95 terima sambutan positif di Bintulu
  • Utara
  • WILAYAH

Inisiatif Budi Madani RON95 terima sambutan positif di Bintulu

Utusan Sarawak 2 days ago

ISMAHANI Ismail memberi penerangan cara penggunaan inisiatif Budi Madani RON95 kepada pelanggan di stesen minyak Petronas Tun Ahmad Zaidi, Bintulu.

BINTULU: Kaedah pelaksanaan inisiatif Budi Madani RON95 yang diperkenalkan kerajaan mula mendapat sambutan positif apabila pengguna mendapati sistem itu mudah, selamat dan menjimatkan masa.

Melalui inisiatif ini, pengguna hanya perlu mengesahkan MyKad untuk menikmati subsidi petrol sebanyak 300 liter sebulan yang ditetapkan kerajaan. Selain MyKad, transaksi juga boleh dilakukan menggunakan kad kredit atau aplikasi mudah alih Setel.

Seorang pengguna, Roslin Niyak, berkongsi pengalamannya menggunakan aplikasi Setel yang lebih mudah kerana tidak perlu ke kaunter.

KAUNTER informasi turut dibuka bagi memudahkan orang ramai mendapatkan maklumat lanjut.

“Saya rasa ia sangat memberi manfaat sebab memang banyak potongan selepas subsidi. Prosesnya pun senang sebab guna Setel, tidak payah bawa kad pengenalan ke kaunter,” katanya.

Rakan Niaga Petronas, Ismahani Ismail, menjelaskan penggunaan aplikasi Setel adalah kaedah yang paling digalakkan kerana ia mendaftar MyKad secara automatik sekaligus membolehkan pelanggan mengisi minyak tanpa perlu beratur.

“Selain cepat, ia juga selamat kerana aplikasi ini memaparkan baki kelayakan subsidi setiap kali pengisian dibuat,” katanya ketika ditemui di stesen minyak Petronas Tun Ahmad Zaidi di Bintulu, hari ini.

Beliau menambah, kru tambahan dan kaunter informasi turut disediakan bagi membantu pelanggan memahami kaedah baharu ini terutama pada peringkat awal pelaksanaan.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Sabah dan Sarawak miliki hak dijamin perlembagaan
Next: Ibu bapa main peranan bentuk pemimpin masa depan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.