Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Inisiatif ‘Beli-belah Bersama YB’ bantu keluarga berpendapatan rendah di Kuching
  • Selatan
  • WILAYAH

Inisiatif ‘Beli-belah Bersama YB’ bantu keluarga berpendapatan rendah di Kuching

Utusan Sarawak 5 hours ago
BAUCAR tunai RM30 diagihkan kepada penduduk Bandar Kuching melalui inisiatif ‘Beli-belah Bersama YB’.

KUCHING: Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii, berkata pusat khidmat beliau akan menganjurkan program ‘Beli-belah Bersama YB’ bagi membantu meringankan beban kewangan keluarga berpendapatan rendah serta merancakkan ekonomi komuniti pasar basah tempatan.

Beliau berkata sebanyak 200 baucar tunai bernilai RM30 setiap satu telah disediakan untuk inisiatif tersebut.

Baucar itu boleh digunakan di gerai terpilih dan akan diagihkan mengikut konsep siapa cepat dia dapat, dengan setiap isi rumah hanya layak menerima satu baucar.

Kelayakan akan disahkan berdasarkan alamat pada kad pengenalan pemohon bagi memastikan pengagihan adil kepada mereka yang memerlukan.

Menurut Dr Yii, pemohon perlu memenuhi dua syarat utama, iaitu mestilah pengundi berdaftar di kawasan Parlimen Bandar Kuching yang merangkumi Padungan, Pending dan Batu Lintang, serta merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Beliau menambah, orang ramai boleh menuntut baucar pada esok dan 10 April ini di Ibu Pejabat DAP Kuching dari 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari dan 2.00 petang hingga 4.00 petang. Permohonan lewat tidak akan dilayan, katanya.

Semua baucar hanya sah digunakan pada 11 April dari 7.00 pagi hingga 10.00 pagi di gerai yang mengambil bahagian di Petanak Market dan akan luput selepas tempoh tersebut.

Dr Yii berkata program ini bertujuan memberi sokongan secara langsung untuk membantu kos sara hidup orang ramai serta merancakkan aktiviti di pasar tempatan.

 Beliau turut memaklumkan terdapat perancangan untuk memperluaskan program ini ke lebih banyak pasar dalam kawasan tersebut, sekali gus memberi manfaat kepada penduduk dan peniaga tempatan.

 Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: Pengerusi LPKP Sarawak naik bas Q12, kumpul maklum balas pengguna
Next: KPM digesa siasat tragedi berkayak, keluarga mangsa tuntut penjelasan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.