Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Inisiatif baucar buku MADANI RM100 untuk pelajar IPT mula dlaksanakan esok – KPT
  • NASIONAL

Inisiatif baucar buku MADANI RM100 untuk pelajar IPT mula dlaksanakan esok – KPT

Utusan Sarawak 15 hours ago

PUTRAJAYA: Inisiatif baucar buku MADANI bernilai RM100 kepada pelajar institusi pendidikan tinggi (IPT) akan dilaksanakan bermula esok hingga 12 Disember ini, yang bakal memanfaatkan 500,000 pelajar merangkumi universiti awam (UA), politeknik, kolej komuniti dan IPT swasta.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam kenyataan hari ini memaklumkan inisiatif itu merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan Kerajaan MADANI untuk menyokong keperluan pembelajaran pelajar dan meringankan beban kewangan.

Ia juga bermatlamat bagi membudayakan amalan membaca dalam kalangan generasi muda, terutamanya mahasiswa serta merancakkan pertumbuhan ekonomi industri buku.

“KPT berharap agar semua pelajar yang layak dapat memanfaatkan baucar buku ini untuk menambah ilmu pengetahuan dan meningkatkan keupayaan diri, selaras dengan fokus utama kementerian melahirkan bakat terbaik negara,” menurut kenyataan itu.

KPT memaklumkan baucar itu boleh digunakan untuk pembelian buku akademik, bahan rujukan, bacaan ilmiah serta pelbagai lagi menerusi portal https://mysiswaplace.my/ (MySiswaPlace).

Platform sehenti itu menawarkan lebih sejuta judul bahan bacaan, termasuk buku fizikal dan e-book yang disediakan oleh lebih 250 rakan niaga digunakan untuk semakan kelayakan, penjanaan serta penebusan baucar dan pembelian bahan bacaan secara dalam talian sepenuhnya.

KPT turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas persetujuan kerajaan untuk meneruskan pelaksanaan inisiatif baucar buku RM100 kepada pelajar IPT warganegara Malaysia.– Bernama

Continue Reading

Previous: Pan Borneo eratkan hubungan ekonomi Malaysia-Brunei
Next: Kos fi RM5.9 juta perunding penjenamaan libatkan pelbagai aspek – TH

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.