Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • Inisiatif Bantuan Perubatan Sarawak pastikan rawatan tidak terhenti akibat kekangan kewangan
  • KESIHATAN

Inisiatif Bantuan Perubatan Sarawak pastikan rawatan tidak terhenti akibat kekangan kewangan

Utusan Sarawak 6 hours ago
DATO Sri Fatimah Abdullah menyampaikan bantuan perubatan di Baitul Makmur 2, Petra Jaya.

PETRA JAYA: Inisiatif Bantuan Perubatan yang dilaksanakan sejak 2021 terus memperkukuh jaringan keselamatan sosial Sarawak dengan membantu golongan kurang berkemampuan mendapatkan rawatan tanpa dibebani masalah kewangan.

Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah, bantuan yang disalurkan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) itu menyediakan sokongan kewangan kepada individu dan keluarga yang memerlukan rawatan perubatan.

“Setiap permohonan diteliti secara profesional dan dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kerja Bantuan Perubatan yang bersidang setiap bulan bagi memastikan ketelusan dan keadilan dalam kelulusan.

“Bantuan ini merangkumi lima komponen utama iaitu pembiayaan peralatan perubatan termasuk rehabilitasi, kos sokongan nutrisi, ubat-ubatan, kos pembedahan serta implan seperti implan koklea, selain kos pengangkutan dan penginapan.

“Pemohon mestilah warganegara Malaysia berstatus kad pengenalan ‘K’ dan menetap di Sarawak serta dirujuk oleh pakar atau pegawai perubatan kerajaan,” katanya. 

RAKAMAN gambar kenangan bersama penerima bantuan perubatan yang disampaikan di Baitul Makmur 2, Petra Jaya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media Mesyuarat Jawatankuasa Bantuan Perubatan, di Baitul Makmur 2, hari ini.

Dalam pada itu, pemohon perlu tergolong dalam kumpulan B40 atau M40 dengan pendapatan per kapita tidak melebihi RM1,020 sebulan serta tidak menerima pembiayaan penuh daripada mana-mana sumber lain.

Tambah beliau, bantuan yang diberikan bukan bersifat bayaran balik kecuali bagi tuntutan perjalanan dan penginapan, sekali gus memastikan bantuan disalurkan terus kepada pesakit yang memerlukan

“Dari segi statistik, jumlah kes menunjukkan peningkatan iaitu sembilan kes pada 2021, dua kes pada 2022, meningkat kepada 28 kes pada 2023, 61 kes pada 2024 dan 74 kes pada 2025, manakala bagi 2026 setakat ini sebanyak 17 kes direkodkan.

“Peningkatan ini berkemungkinan kerana lebih ramai rakyat kini mengetahui kewujudan bantuan ini selain kerjasama rapat dengan hospital kerajaan dalam mengenal pasti kes yang memerlukan bantuan segera,” jelasnya.

Beliau turut memaklumkan bahawa hanya lima penerima dipanggil hadir dalam majlis penyerahan kali ini, manakala bantuan kepada penerima lain disalurkan secara terus mengikut keperluan masing-masing.

Antara penerimanya ialah Paul De Ostine dari Kuching yang menghidap Severe Aplastic Anaemia menerima kelulusan pembelian ubat berjumlah RM128,400 serta Bantuan Pesakit Terlantar (BPT) RM500, manakala Anim Saie dari Samarahan yang menghidap kanser tiub fallopio turut menerima BPT RM500 dan kelulusan pembelian ubat berjumlah RM79,200.

Selain itu, Kon Chai Fen dari PKMB Kuching menerima bantuan pembelian ubat RM34,032 bagi rawatan kanser pangkal rahim, Nur Fitri Raisya dari Samarahan yang menghidap Chronic Liver Disease menerima sokongan susu nutrisi bernilai RM4,371, sementara Ismadi Affendi dari Kuching yang menghidap Plaque Psoriasis menerima kelulusan pembelian ubat berjumlah RM18,400.

Oleh Masrin Affirah

Tags: Kesihatan

Continue Reading

Previous: Di sebalik selesema, kanser nasofarinks sering diambil mudah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.