Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • “Ini bukan Ronaldo lawan Yamal”
  • SUKAN

“Ini bukan Ronaldo lawan Yamal”

Utusan Sarawak 22 hours ago

Ronaldo dan Yamal (kanan). Foto AFP

MUNICH: Kapten Portugal, Cristiano Ronaldo, menegaskan bahawa pertembungan akhir Liga Negara-Negara menentang Sepanyol bukanlah mengenai dirinya atau sensasi muda Lamine Yamal, sebaliknya kekuatan dua pasukan yang kini di kemuncak bola sepak Eropah.

Dalam sidang media menjelang perlawanan akhir pagi Isnin ini, Ronaldo yang berusia 40 tahun mengakui dia kini ‘dari generasi lain’ berbanding Yamal yang baru berusia 17 tahun, namun menolak naratif bahawa final itu hanya berkisar dua nama besar berbeza era.

“Kalau nak kata saya dari generasi berbeza, itu pun tak mengapa. Tapi ini bukan Cristiano lawan Lamine. Ini Portugal lawan Sepanyol,” kata Ronaldo yang menjaringkan gol kemenangan menewaskan Jerman di separuh akhir.

Ronaldo, yang turut memulakan karier antarabangsa seawal usia remaja seperti Yamal, menyeru media agar tidak terlalu memberi tekanan terhadap pemain muda Barcelona itu.

“Dia baru tiga tahun lebih tua dari anak saya,” seloroh Ronaldo.

“Budak itu sangat berbakat, tapi biarlah dia membesar dan nikmati permainannya. Untuk kebaikan bola sepak, jangan bebankan dia dengan jangkaan berlebihan.”

Ronaldo turut memuji skuad Sepanyol yang disifatkannya ‘mungkin pasukan kebangsaan terbaik di dunia’, dengan menyebut beberapa nama utama: 

“Lamine memang hebat, tapi mereka juga ada Nico Williams, Pedri, dan jurulatih mereka Luis de la Fuente sangat bagus, disiplin dan berstruktur,” katanya.

Final di Munich ini turut mencetus memori buat Ronaldo yang pernah menewaskan Sepanyol di Euro 2004, perlawanan kompetitif terakhir Portugal berjaya menundukkan jiran Iberia mereka.

Kini dua generasi bintang, Ronaldo yang muncul di usia 18 tahun dan mencipta nama di Old Trafford, serta Yamal yang sudah bergelar juara Eropah bersama Sepanyol dan Barcelona, bertemu di pentas tertinggi bola sepak antarabangsa.

“Saya harap dia terus berjaya. Tapi biar dia buat dengan caranya sendiri,” pesan Ronaldo. – AFP

Continue Reading

Previous: Pearly-Thinaah mara ke pentas final Terbuka Indonesia esok
Next: Hakim Danish ulangi podium di Litar Aragon

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.