Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • ‘Ini anak saya, bukan pengganti isteri’ – Abang Johari
  • TEMPATAN

‘Ini anak saya, bukan pengganti isteri’ – Abang Johari

Utusan Sarawak 1 day ago
DAYANG Norjihan (dua dari kiri) sering menemani Abang Johari sejak pemergian isterinya, Allahyarham Puan Sri Juma’ani Tuanku Bujang, 44 hari lalu. Foto ihsan JAPEN

KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, menepis tanggapan serong segelintir masyarakat yang melihatnya selalu membawa seorang wanita pada beberapa majlis rasmi selepas isterinya meninggal dunia, Jun lalu.

Abang Johari berkata, wanita yang menemaninya ke majlis rasmi itu ialah anak perempuannya, Dayang Norjihan.

Katanya, berikutan Dayang Norjihan sering menemaninya, ada yang menganggap beliau sudah mempunyai isteri baharu.

“Ke mana sahaja pergi ke majlis rasmi, saya meminta anak perempuan membantu dan menemani saya.

“Ada juga saya terdengar orang kata, cepat betul ada pengganti,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian jambatan Datuk Amar Juma’ani di Kampung Bintangor, di sini, malam tadi.

Abang Johari berkata, kehadiran anak perempuan di sisinya pada majlis rasmi menyebabkan orang ramai menimbulkan spekulasi.

Dayang Norjihan, 43, adalah anak kedua Abang Johari bersama isteri, Allahyarhamah Puan Sri Juma’ani Tuanku Bujang dan seorang lagi anak mereka, Abang Abdillah Izzarim, 45.

Menurut Abang Johari lagi, beliau mula membawa anak perempuannya menemaninya pada satu majlis di Miri beberapa minggu lalu selepas pemergian isterinya.

Allahyarham Juma’ani meninggal dunia pada 23 Jun lalu di Pusat Perubatan Normah, Kuching, pada usia 76 tahun.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Sarawak catat IPU baik, hanya Kota Samarahan kategori sederhana
Next: Jambatan Datuk Amar Juma’ani ikonik baharu di Kuching

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.