Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Ingatkan penduduk pakai pelitup muka
  • TEMPATAN

Ingatkan penduduk pakai pelitup muka

Utusan Sarawak 5 years ago

????????????????????????????????????

BANTUAN… Dato Gerawat Gala bersama penerima peruntukan MRP di Pusat Khidmat Mulu.

MARUDI : Tuai-Tuai rumah panjang, Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Mulu digesa mengingatkan penduduk di kawasan masing-masing memakai pelitup muka dan mematuhi arahan kerajaan dari semasa ke semasa.

Pesanan tersebut disampaikan Ahli Dewan Undangan Negeri  Mulu Dato Gerawat Gala bagi mengelak jangkitan Covid-19.

“Kita perlu menjaga kebersihan kawasan kita sendiri dan saya bersyukur kerana sampai sekarang kawasan kita belum lagi dijangkiti wabak tersebut,” katanya.

Beliau memberi ingatan dan pesanan tersebut ketika menyampaikan ucapan di majlis penyerahan cek peruntukan Projek Kecil Luar Bandar ( MRP) berjumlah RM209,000 kepada 11 pertubuhan, JKKK dan persatuan di Pusat Khidmat DUN  Mulu.

Antara yang menerima peruntukan MRP tersebut ialah AJK Cina Pekan Marudi / Poyut Lubok Nibong (RM15,000), Kelab Polis Baram (RM5,000), JKKK Sg Rian Stapang D Marudi (RM70,000), JKKK Unit Rh. Nanta anak Sandom Sg Malikat A Marudi (RM70,000), Kelab Sukan dan Rekreasi Kakitangan Majlis Daerah Marudi ( RM5,000), PIBG SK Poyut  Marudi (RM6,500), PIBG SK Rumah Gudang ( RM4,000), PIBG SRK Sg Brit ( RM5,000), PIBG Sg Setapang ( RM4,000), JKKK Lobang Kompeni Marudi ( RM20,000) dan PIBG SK Lubok Nibong (RM5,000).

Dato Gerawat Gala yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak berkata peruntukan itu perlu digunakan untuk melaksanakan projek di kawasan masing-masing.

Tegasnya sebaik sahaja setiap projek siap dilaksanakan, JKKK perlu menghantar laporan kepada beliau untuk direkodkan.

“Saya juga ingin mengingatkan jika sudah menerima peruntukan MRP ini, pihak JKKK  harus memberitahu penduduk kampung bagi mengelak salah faham di kalangan mereka,” ujarnya.

Oleh Jiku Juguong

Continue Reading

Previous: Bomba Batu Niah bersihkan kawasan pokok tumbang
Next: Istilah JKKK dikekalkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.