Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Infrastruktur SJKC Kwang Chien dipertingkat melalui projek RTP
  • Tengah
  • WILAYAH

Infrastruktur SJKC Kwang Chien dipertingkat melalui projek RTP

Utusan Sarawak 2 hours ago
TIMBALAN Menteri Perladangan dan Komoditi, Dato’ Sri Huang Tiong Sii bergambar bersama warga SJKC Kwang Chien.

SARIKEI: Kemudahan infrastruktur Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kwang Chien terus dipertingkatkan apabila kerja pembinaan pentas baharu serta naik taraf dewan sekolah dilaksana dan diluluskan menerusi peruntukan projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP).

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi yang juga Ahli Parlimen Sarikei dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Dato’ Sri Huang Tiong Sii, berkata ia adalah bagi meningkatkan keselesaan warga sekolah menjalankan aktiviti.

 GURU Besar SJKC Kwang Chien, Teng Kim Ung sebagai wakil pihak sekolah menerima sumbangan daripada Dato’ Sri Huang Tiong Sii.

“Pembinaan pentas baharu sekolah masih dalam proses pelaksanaan menerusi peruntukan projek RTP sejumlah RM100,000.

“Selain itu, kerja naik taraf dewan SJKC Kwang Chien di bawah projek RTP sejumlah RM150,000 telah diluluskan dan akan dilaksanakan pada masa yang terdekat,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Smartboard di sekolah tersebut, baru-baru ini.

Dalam pada itu, beliau turut meluluskan permohonan pihak sekolah bagi pemasangan kipas siling industri bagi meningkatkan tahap keselesaan murid dan guru khususnya ketika menjalankan aktiviti di dewan sekolah.

Katanya, bantuan kebajikan pendidikan seperti pakaian seragam, kasut dan beg sekolah turut disalurkan untuk membantu meringankan beban ibu bapa bagi memastikan murid dapat mengikuti sesi persekolahan dengan lebih selesa.

 DATO’ Sri Huang Tiong Sii menerima cenderamata daripada Guru Besar SJKC Kwang Chien, Teng Kim Ung.

“Saya berharap para pendidik dapat mengajar semua murid dengan sepenuh hati dan berharap murid dapat belajar dengan bersungguh-sungguh,” katanya.

Pada majlis sama, Tiong Sii turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM20,000 kepada pihak sekolah bagi menyokong pelaksanaan aktiviti tahunan sekolah.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: Transformasi Kabong: Pembangunan bandar baharu, infrastruktur jadi agenda utama
Next: Bomba Bintangor tangkap ular sawa dalam sangkar tikus belanda di Taman Tai Ming

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.