Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Infrastruktur Kampung Nyabor diperkasa, Pejabat USK dan Dewan LAKIN jadi fokus
  • Tengah
  • WILAYAH

Infrastruktur Kampung Nyabor diperkasa, Pejabat USK dan Dewan LAKIN jadi fokus

Utusan Sarawak 7 hours ago
ADUN Kabong menyampaikan cenderahati sebagai simbol penghargaan dan silaturahim kepada penduduk Kampung Nyabor.

KABONG: Pembangunan infrastruktur di kawasan Kampung Nyabor terus menunjukkan momentum positif melalui pelaksanaan beberapa projek strategik di bawah Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir menegaskan komitmen kerajaan dalam memastikan kemudahan awam di kawasan tersebut sentiasa ditambah baik demi kesejahteraan penduduk setempat.

Menurut beliau, pelaksanaan projek-projek berimpak tinggi ini mencerminkan kesungguhan kerajaan dalam merapatkan jurang pembangunan antara kawasan luar bandar dan bandar.

Antara projek utama yang menjadi tumpuan ialah pembinaan baharu Pejabat Operasi Unit Saudara Kita (USK) Nyabor yang diselia oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dengan anggaran kos sebanyak RM800,000.

Katanya, projek tersebut bertujuan menyediakan ruang kerja yang lebih kondusif bagi memperkasakan aktiviti dakwah serta kebajikan dalam kalangan komuniti setempat.

Beliau menjelaskan bahawa setakat ini, projek tersebut masih berada di peringkat reka bentuk, yang memerlukan penelitian rapi bagi memastikan semua keperluan operasi dipenuhi.

UNTUK KENANGAN… Dato Mohd Chee Kadir merakamkan kenangan bersama dengan penduduk Kampung Nyabor selepas menjamu selera.

“Setelah dokumen berkaitan dimuktamadkan, satu pembentangan mengenai lukisan pelan serta skop kerja termasuk anggaran kos akan diadakan bersama saya dan pihak USK Nyabor.

“Ini bagi memastikan projek berjalan lancar dan menepati piawaian yang ditetapkan,” katanya semasa berucap pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri peringkat Kampung Nyabor, hari ini.

Majlis tersebut dianjurkan secara kolaboratif oleh Masjid Tok Amal Nyabor, Lembaga Amanah Kebajikan Islam Nyabor (LAKIN), dan Unit Saudara Kita (USK) Nyabor dalam suasana penuh meriah serta semangat kebersamaan.

Mengulas lanjut, Chee Kadir memaklumkan bahawa isu pemilihan lokasi pejabat baharu itu telah diselesaikan selepas tapak cadangan mendapat kelulusan daripada Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS).

Selain itu, dokumen siting berkaitan kedudukan tapak juga telah dikemukakan secara rasmi oleh pihak JAIS untuk tindakan lanjut oleh agensi berkaitan.

Sehubungan itu, beliau berharap Jabatan Tanah dan Survei dapat meneliti serta menyemak syarat-syarat kelulusan dengan segera agar projek dapat dilaksanakan mengikut jadual.

SENYUMAN dan kemesraan ADUN Kabong dan penduduk setempat mengiringi suasana jamuan Aidilfitri Kampung Nyabor di bawah khemah, penuh warna dan kebersamaan.

Selain pembinaan Pejabat Operasi USK baharu, projek menaik taraf Dewan LAKIN Nyabor Kabong turut berjalan rancak dengan peruntukan sebanyak RM350,000. Projek yang bermula pada 21 Januari lalu itu bukan sahaja bertujuan mencantikkan premis, malah menambah fungsi dewan untuk kegunaan ekonomi komuniti setempat.

​Laporan kemajuan menunjukkan prestasi yang sangat membanggakan apabila projek tersebut kini mencatatkan kemajuan fizikal sebanyak 40 peratus. Angka ini jauh mendahului jadual asal yang hanya menyasarkan 20 peratus bagi tempoh yang sama, sekali gus memberi keyakinan ia akan siap sepenuhnya menjelang 7 Julai 2026.

​Skop kerja menaik taraf ini merangkumi pembahagian ruang gerai kepada lapan unit, susunan bata, pemasangan jubin, dan pendawaian elektrik. Selain itu, kerja-kerja mengecat serta pemasangan tambahan awning turut dilakukan bagi memastikan keselesaan maksimum kepada pengguna dewan dan peniaga kecil di situ.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Majlis Jom Berambeh Raya SK Tanjung Belipat eratkan silaturahim komuniti
Next: Limbang bakal jadi bandar pintar rendah karbon

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.