Infantino teruja idea 64 pasukan Piala Dunia

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
PUTERA Mahkota Norway, Haakon, dan Presiden FIFA, Gianni Infantino, menghadiri perlawanan suku akhir Piala Dunia FIFA 2026 antara Norway dan England di Stadium Miami, Miami. Foto AFP

NEW YORK: Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) Gianni Infantino membayangkan satu lagi perluasan Piala Dunia lelaki kepada 64 negara dan berkata idea itu semestinya dipertimbangkan selepas kejohanan kali ini.

Edisi 2026 telah berkembang daripada 32 kepada 48 pasukan, namun ini bermakna lapan pasukan di tempat ketiga daripada kumpulan itu mencapai pusingan 32 terakhir yang baharu. Peningkatan kepada 64 tidak bermakna lebih banyak perlawanan untuk setiap pasukan dan turut menyingkirkan idea hanya dua pasukan terbaik yang akan melepasi peringkat itu.

“Seluruh dunia mesti dibenarkan untuk mengimpikan Piala Dunia dan bukan sahaja Eropah dan Amerika Selatan,” Infantino dipetik berkata kepada portal Switzerland blue Sport pada semalam, lapor agensi berita Jerman dpa.

Merujuk kejohanan yang sedang berlangsung di Amerika Utara, ketua FIFA itu membuat kesimpulan interim positif tengah-tengah kebimbangan terlalu ramai yang tidak berkebolehan akan layak.

Pengembangan itu adalah “satu kejayaan besar,” kata Infantino, 56.

“Anda boleh melihat kualiti pasukan secara amnya sangat tinggi dan semakin tinggi, dan meningkat di seluruh dunia.”

Sebanyak 104 perlawanan dimainkan dalam tempoh lima minggu berikutan perluasan kali ini dan 128 (perlawanan) akan diperlukan untuk 64 pasukan.

Edisi 2030 bakal dianjurkan di Sepanyol, Portugal, Maghribi, Argentina, Uruguay dan Paraguay. Pegawai di Amerika Selatan telah pun mempertimbangkan idea 64 pasukan itu. – Bernama