Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Industri vanila Sarawak bakal diperluas, empat kebun sudah didirikan
  • BISNES

Industri vanila Sarawak bakal diperluas, empat kebun sudah didirikan

Utusan Sarawak 3 weeks ago
TIMBALAN Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berucap semasa lawatan kerja ke kebun vanila di Kampung Stass hari ini. Foto UKAS

BAU: Lawatan kerja ke kebun vanila di Kampung Stass hari ini membuka lembaran baharu terhadap potensi besar tanaman bernilai tinggi itu di Sarawak.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, projek penanaman vanila yang kini giat diterajui oleh Vanilla Impact Story Sdn Bhd selaras dengan misi kerajaan Sarawak untuk menjadi pengeksport makanan bersih menjelang tahun 2030 di bawah Strategi Pembangunan Pasca-COVID-19 2030 (PCDS 2030).

“Lawatan ini merupakan lawatan kedua selepas kunjungan ke Serian sebelum ini.

“Saya melihat projek baharu ini berpotensi besar dan seiring dengan hala tuju Sarawak dalam memperkukuh sektor pertanian, selain daripada tanaman utama seperti durian, pisang dan nanas.

“Vanila adalah tanaman bernilai tinggi kerana ia merupakan rempah kedua termahal di dunia selepas safron,” katanya.

TAKLIMAT pada lawatan kerja ke kebun vanila di Kampung Stass hari ini. Foto UKAS

Beliau menambah, pembangunan industri vanila bukan sahaja dapat mengurangkan kos import malah membuka peluang kepada pelbagai manfaat termasuk produk kecantikan, wangian dan kesihatan.

Sehubungan itu, katanya lagi kementerian akan memberikan bantuan pembangunan awal untuk menyokong program penanaman vanila yang dijangka dimulakan pada tahun hadapan.

Sementara itu, Founder Vanilla Impact Story Sdn Bhd, Alfred Phua berkata syarikatnya kini giat menjalinkan kerjasama dengan pemilik tanah lain bagi memperluas penanaman vanila di negeri ini.

Setakat ini, terdapat empat kebun vanila telah diwujudkan di Sarawak iaitu di Sibu, Serian, Kuching serta sebuah ecofarm di Stass, Bau dengan 300 pokok vanila ditanam sebagai permulaan.

Syarikat itu turut menawarkan perkhidmatan meliputi penanaman, latihan dan konsultasi, pemprosesan serta perdagangan selain mengintegrasikan konsep ekopelancongan berasaskan vanila sebagai nilai tambah.

-UKAS

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Bursa Malaysia dibuka rendah seiring prestasi Wall Street
Next: Untung bersih suku kedua Astro merosot kepada RM16.39 juta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.